Tuesday, June 16, 2009

Keraian Kebangsaan Meriah...tapi....



Seperti biasa di tanahair, setiap tanggal 6 Jun akan diraikan ulangtahun keputeraan Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. Cuma kali ini, tahun ini, pengalaman pertama aku untuk meraikannya...di perantauan...di Perth, Western Australia.

Barangkali kalau di tanahair tidak terasa sambutannya, yang mungkin terlintas selama ini, laungan gembira kerana dapat cuti umum...mau bikin apa, mau ke mana...itu aja yang terdetik...Nah kali ini, di Perth barangkali suasana agak berbeda, hari ini diraikan dengan pengumpulan kelompak rakan sebangsa dan setanahair untuk menzahirkan rasa bangga kita kerana punyai simbol kedaulatan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Antara acara ketika sambutan itu termasuklah dimana aku sama teman-teman MyPSA WA diberi peluang untuk mengepalai nyanyian lagu patriotik iaitu "Malaysia Tanahairku" sama "Keranamu Malaysia". Di samping itu ada juga persembahan khas tarian zapin daripada adik-adik Sekolah Menengah Sains Alam Shah, yang kebetulan mengadakan lawatan ke Perth sempena cuti sekolah. Ramai juga yang aku berkenalan dalam majlis ini bukan saja untuk "networking" aku tetapi juga memperkenalkan MyPSA WA.

Keseluruhannya, program ini amat bagus dan menimbulkan perasaan cintakan negara dan memberi peluang untuk kita sebangsa dan setanahair berjumpa dan bermesra. Tetapi ada beberapa perkara yang terlintas disanubari dan mindaku yang ingin aku lontarkan untuk kite renung-renungkan...

  1. Pertama, aku agak kurang bersetuju bilamana majlis ini, yang disertai oleh majoritinya teman-teman sebangsa dan setanahair, yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia, yang terkandung di dalamnya...Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu...tetapi majlis ini dilangsungkan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Apalah salahnya kita mengambil peluang ini untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri. Mungkin lebih rasional jika kita kendalikan dalam dwi bahasa, jika malu sangat nak bertutur dalam bahasa kebangsaan... Apakah kita malu? Atau sekadar menjaga kepentingan jemputan dan tetamu asing sehingga sanggup membelakangkan daulatnya bahasa kita? renung-renungkan
  2. Kedua, aku agak kurang bersetuju bilamana majlis ini yang dimulakan dengan bacaan doa tetapi pembacaan doa itu agak kurang sempurna....Benar kita berpegang kepada prinsip Allah itu tahu semua bahasa di dunia, tetapi syarat-syarat berdoa juga jgn kita lupakan. Mana pergi puji-pujian kepada Illahi, mana pergi selawat dan salam kepada Rasulullah dan para sahabat, dan mana pergi doa Majlis yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Bukan apa, biarlah kita gunakan majlis ini untuk berdakwah juga bukan sekadar formaliti untuk mencantikkan majlis....renung-renungkan
  3. Ketiga, aku agak kurang bersetuju JIKA BENAR majlis seumpama ini yang dibuka kepada warganegara dan jemputan (yang agak santai) hanya diadakan ketika sambutan ulangtahun Keputeraan YDP Agong sahaja. Sementara untuk Hari Kebangsaan, tanggal 31 Ogos tidak diraikan seperti ini, cuma akan diadakan "Merdeka Ball" yang penyertaannya harus membayar sekitar AUD 80++ seorang....Di sini, secara peribadi aku nyatakan kurang masuk akal...kerana perayaan Hari Kebangsaan/Kemerdekaan merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh teman-teman sebangsa dan setanahair...Perayaan inilah yang harus lebih kita raikan dan melibatkan lebih ramai warganegara...Penganjuran dengan melibatkan kos penglibatan yang tinggi semestinya akan menyekat semangat anak bangsa diperantauan untuk menyertainya....terutama teman-teman yang penuntut yang tidaklah mempunyai wang yang banyak untuk menyertainya...Harus kita muhasabah, apakah sambutan Hari Kemerdekaan untk golongan tertentu atau untuk seluruh teman-teman sebangsa dan setanahair? renung-renungkan...
Akhirnya, sekali lagi aku memuji usaha murni pihak Konsulat General dlm menganjurkan majlis seperti ini...Ikhlas aku nyatakan...Keraian Kebangsaan ini Meriah...tetapi...

No comments:

Post a Comment