Tuesday, June 30, 2009

limau oh limau...


Selama 20 tahun aku hidup...due pokok je yang penah dan selalu aku panjat iaitu si pokok mangga dan si pokok rambutan...punyelah buang tebiat, dah kat Perth boleh aku panjat si pokok Limau a.k.a oren..hahahhaaha

semua bermula dengan pelawaan si abeng untuk datang ke fakulti dia untuk ambil buah oren yg melandui-landui tu, sebelum pokok-pokok itu nak dipindahkan...jadik ape lagi, aku dengan teman sepermainan ku si zamani a.k.a. sivamani a.k.a jejaka idaman perth a.k.a manir...pun beraksi lah dipetang sabtu sebelum bermain badminton...dalam hujan renyai-renyai kami redah juga untuk memetik si buah oren yang nyum2..hehehehe

habis pokok tuh licin kitorang kejekan...tinggalkan 2-3 bijik je terkontang-kanting...bayangkan penuh beg Deuter ku...semue kerane oren idaman..limau oh limau...

Chill..Lah Nite...

Dua hari sebelum tanggal 19 Jun 2009 (jumaat), aku menerima panggilan mengejut daripada teman "seperguruan" ku semasa ketika di GSM, UPM...Imbarine (atau aku panggil Im..) menelefon dan menyatakan hasrat untuk menjemput aku ke satu majlis makan mlm anjuran kelab sukan pelajar malaysia di Perth...iya aku pernah dengar tentang kelab sukan ini atau lebih tepat kelab bola dikalangan penuntut malaysia (terutamanya yg dikenali sbg Borneo FC..aku tau pun si Im nie la yg cerita..)...terus aku bersetuju untuk hadiri, ye la makan free kan..hehehe...tapi bila aku nak letak telefon, tetibe si Im ni tambah, eh ko "tetamu VIP" nye yea...kene bg ucapan rasenye..ah sudah, aku cakap...nape plak aiiii? katanya kerana persatuan aku la persatuan yg benar-benar nampak persatuan pelajar malaysia buat masa ini, walaupun ahlinya kalangan "postgrad"...hmmmm aku terdiam sekejap...kerana pikirkan peluang untuk meluaskan pengaruh dan kepentingan persatuan yang aku wakili, iya aku bersetuju dan akan hadir atas kapasiti sebagai wakil MyPSA WA....

Di pendekkan cerite (selepas pinjam kereta sepol a.k.a abeng), aku pun menuju ke restoran "Makan-Makan" di Vic PArk untuk majlis tersebut...mula-mulanya aku agak kaget...bukan apa setelah 6 bulan di Perth, rupanya ramai lagi penuntut Malaysia terutama yang Melayu yang aku tak kenai....semua depa malam tuh bukan main stylo...aku setakat jaket n sweater jek..hahhaha...bukan apa, aku tak tau pun ada tema "stylo" malam tuh..redah je la...


Rupanya majlis ini dikenali sebagai "Chill..la nite" anjuran empat kelab sukan pelajar malaysia di Perth iaitu Dan Dan FC, Borneo FC, SRGHJ FC dan Swan Titans Rugby Club. Adalah persembahan nyanyian daripada pelajar, penyampaian anugerah, sambutan hari lahir, dan "games"-sambung lirik...diselit juga dengan ucapan perasmian dan pelepasan atlet untuk sukan persatuan pelajar Malaysia di Australia oleh...AKU...hehehhe...apa pun aku cuba berikan semangat kepada mereka..teman-teman yang hadir menyahut dengan sorakan dan tepukan lantaran aku lontarkan kata semangat...kita GEGARKAN SYDNEY!!!!

Keseluruhannya, aku bangga dan kagum dengan keupayaan anak-anak sebangsa dan setanahair yang mampu mewujudkan kelab sukan yang aktif di perantauan..bahkan aku gembira melihat keakraban sesama mereka....cuma harapan aku yang sempat aku luahkan, agar mereka kembangkan pengaruh kelab-kelab mereka ini dikalangan semua warga malaysia yang berada di Perth...Tahniah kepada mereka yang menganjurkan makan malam ini, aku sungguh gembira mengenali mereka...terima kasih Im dan kengkawan lain kerana menjemput aku...malam itu memang betul "Chill..Lah Nite"

Thursday, June 25, 2009

Setelah 5 tahun...aku masuk "exam" kembali??

Kali terakhir aku amek "exam" kira-kira 5 tahun lepas, sekitar pertengahan tahun 2004...ketika itu melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Sains (Pengurusan) di UPM...masih segar la dibenak ku di bilik kuliah 2 bangunan GSM, UPM aku menduduki "exam" terakhirku, iaitulah subjek "Operation Management" yang diajar oleh salah sorang guru mentorku..Dr. Murali Sambasivan (Dr..yar...hehehe)

Kini, selepas 5 tahun...hari Jumaat lepas aku sekali lagi menduduki "exam", tapi kali ini di universiti di perantauan dengan suasana yang cukup-cukup berbeda...aku agak canggung...udahlah subjeknye agak sukar di tambah kecanggungan aku sama suasana ribut yang melanda diluar dewan...seolah-olah serba tak kena aja aku...masa berlalu pantas...tanpa kusedari 2 jam berlalu dan pengalaman ngeri ku ini berakhir begitu saja...baru aku teringat kembali betapa "gabra"nya menduduki peperiksaan...selama 2 tahun yg lepas...aku sekadar jaga "exam" dan gelakkan pelajarku yang terkial-kial dlm "exam" mereka...nah sekarang baru aku rasai kembali...

Bila berjalan kembali ke rumah sewa ku, aku tersenyum sinis dan bertanya pada diriku sendiri "Setelah 5 tahun...aku masuk"exam"kembali??"hahahaha

Tuesday, June 16, 2009

Keraian Kebangsaan Meriah...tapi....



Seperti biasa di tanahair, setiap tanggal 6 Jun akan diraikan ulangtahun keputeraan Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. Cuma kali ini, tahun ini, pengalaman pertama aku untuk meraikannya...di perantauan...di Perth, Western Australia.

Barangkali kalau di tanahair tidak terasa sambutannya, yang mungkin terlintas selama ini, laungan gembira kerana dapat cuti umum...mau bikin apa, mau ke mana...itu aja yang terdetik...Nah kali ini, di Perth barangkali suasana agak berbeda, hari ini diraikan dengan pengumpulan kelompak rakan sebangsa dan setanahair untuk menzahirkan rasa bangga kita kerana punyai simbol kedaulatan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Antara acara ketika sambutan itu termasuklah dimana aku sama teman-teman MyPSA WA diberi peluang untuk mengepalai nyanyian lagu patriotik iaitu "Malaysia Tanahairku" sama "Keranamu Malaysia". Di samping itu ada juga persembahan khas tarian zapin daripada adik-adik Sekolah Menengah Sains Alam Shah, yang kebetulan mengadakan lawatan ke Perth sempena cuti sekolah. Ramai juga yang aku berkenalan dalam majlis ini bukan saja untuk "networking" aku tetapi juga memperkenalkan MyPSA WA.

Keseluruhannya, program ini amat bagus dan menimbulkan perasaan cintakan negara dan memberi peluang untuk kita sebangsa dan setanahair berjumpa dan bermesra. Tetapi ada beberapa perkara yang terlintas disanubari dan mindaku yang ingin aku lontarkan untuk kite renung-renungkan...

  1. Pertama, aku agak kurang bersetuju bilamana majlis ini, yang disertai oleh majoritinya teman-teman sebangsa dan setanahair, yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia, yang terkandung di dalamnya...Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu...tetapi majlis ini dilangsungkan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Apalah salahnya kita mengambil peluang ini untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri. Mungkin lebih rasional jika kita kendalikan dalam dwi bahasa, jika malu sangat nak bertutur dalam bahasa kebangsaan... Apakah kita malu? Atau sekadar menjaga kepentingan jemputan dan tetamu asing sehingga sanggup membelakangkan daulatnya bahasa kita? renung-renungkan
  2. Kedua, aku agak kurang bersetuju bilamana majlis ini yang dimulakan dengan bacaan doa tetapi pembacaan doa itu agak kurang sempurna....Benar kita berpegang kepada prinsip Allah itu tahu semua bahasa di dunia, tetapi syarat-syarat berdoa juga jgn kita lupakan. Mana pergi puji-pujian kepada Illahi, mana pergi selawat dan salam kepada Rasulullah dan para sahabat, dan mana pergi doa Majlis yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Bukan apa, biarlah kita gunakan majlis ini untuk berdakwah juga bukan sekadar formaliti untuk mencantikkan majlis....renung-renungkan
  3. Ketiga, aku agak kurang bersetuju JIKA BENAR majlis seumpama ini yang dibuka kepada warganegara dan jemputan (yang agak santai) hanya diadakan ketika sambutan ulangtahun Keputeraan YDP Agong sahaja. Sementara untuk Hari Kebangsaan, tanggal 31 Ogos tidak diraikan seperti ini, cuma akan diadakan "Merdeka Ball" yang penyertaannya harus membayar sekitar AUD 80++ seorang....Di sini, secara peribadi aku nyatakan kurang masuk akal...kerana perayaan Hari Kebangsaan/Kemerdekaan merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh teman-teman sebangsa dan setanahair...Perayaan inilah yang harus lebih kita raikan dan melibatkan lebih ramai warganegara...Penganjuran dengan melibatkan kos penglibatan yang tinggi semestinya akan menyekat semangat anak bangsa diperantauan untuk menyertainya....terutama teman-teman yang penuntut yang tidaklah mempunyai wang yang banyak untuk menyertainya...Harus kita muhasabah, apakah sambutan Hari Kemerdekaan untk golongan tertentu atau untuk seluruh teman-teman sebangsa dan setanahair? renung-renungkan...
Akhirnya, sekali lagi aku memuji usaha murni pihak Konsulat General dlm menganjurkan majlis seperti ini...Ikhlas aku nyatakan...Keraian Kebangsaan ini Meriah...tetapi...

Thursday, June 11, 2009

Bodohkah Ulama Lawan Profesional?

Bodoh!!! Itulah ungkapan pertama aku tatkala membaca liputan perhimpunan satu wadah perjuangan Islam di tanahair pada hujung minggu yang lalu...Mungkin ada yang akan bilang aku ini biadap kerana mulakan bicara dengan ungkapan "BODOH" tetapi izinkan aku terangkan maksudku dahulu ia....aku bukan partisan, tetapi sebagai ahli akademik, seharusnya aku memberikan nukilan mindaku yang tulus dan neutral...ibarat yg selalu aku ungkapkan, Yang Betul Katakan Betul, dan Yang Salah Katakan Salah...mudahkan....

Sedari belum bermula Perhimpunan Parti itu sudah sekonyong-konyong dicanangkan ada pertembungan, keberantakan antara pemuka-pemuka yang bergelar Ulama' berentam sama pemuka-pemuka Profesional dalam pemilihan tahunan parti siasah itu....terus dalam pertemuan sayap-sayap Parti nya, terutamanya daripada Dewan Ulama'nya gagah melaungkan "kami usulkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dan satu Naib Presiden mestilah Ulama'!!" Tegas dan Tegar sekali laungan itu....Cuma bagiku...laungan ini seolah-olah seperti orang bodoh yang tidak bisa untuk diajar...nah aku selalu diingatkan, berfikir dulu sebelum bicara...kata Dr. Azis teman mentorku di UPM "Whenever you want to voice your opinion or ask a question in any meeting or conference....make sure, first you show you knowledge and then critized them..so that people will be impressed with you and will remember you"

Tapi dalam laungan menuntut jawatan utama Parti siasah Islam ini diterajui oleh Ulama' sahaja seolah-olah menampakkan kedangkalan mereka sendiri yang tidak memahami perjalanan parti anutan mereka sendiri..
Bukankah pimpinan tertinggi (dr segi Jawatan) dalam Parti mereka sendiri bukanlah Presiden tetapi Mursyidul Am
Bukankah Dewan Harian (Majlis Tertinggi) tidak punyai kata putus melainkan setelah dipersetujui oleh Dewan Syura Ulama'
Bukankah Dewan Syura Ulama' itu sendiri terdiri daripada ahli cerdik pandai dalam ilmu Islmiyah
BukankahDewan Syura Ulama' itu yang dimengertikan sebagai pimpinan Ulama' dalam parti anutan mereka yang membedakan dari Parti-Parti yang lain....

Tidakkah bodoh ini namanya... Seperti yang aku pernah bicarakan dahulu dlm soal Org Melayu yang masih terhengeh-hengeh mempertahankan Malaysia ini milik org melayu...PM itu mestilah org Melayu kerana kita Tuan Punya Tanah Malaya (Lihat nukilanku "Tuankah Melayu").yang bagi aku kalau Qualiti Melayunya udah hancur, usah kuat sangat jeritkan isu ini. Begitu juga dlm hal Ulama dalam Parti siasah Islam ini, Isunya mudah...kalau benar mahukan Ulama' terus kekal dipersada Presiden ataupun Timbalan ataupun Naib Presiden...
makanya Ulama' itu sendiri sewajibnya memperkasakan diri mereka...
Ulama' sewajibnya menonjolkan kemampuan mereka...
Ulama' sewajibnya membuktikan keberkesanan pimpinan mereka...
Ulama' sewajibnya menunjukkan kebijaksanaan berdialog dan mendamaikan semua ras, kaum dan agama..
Ulama' sewajibnya menjadi contoh bergerak mirip kepada cara Rasulullah memimpin ummah atau para sahabat dan tabiin membina Empayar Islamiyah....

Jika ini mampu didarah dagingkan...usah takut soal jawatan itu...bahkan sebenarnya, kesedaran ahli-ahli Parti kalian sendiri akan memilih orang yang seumpama ini untuk memipin kalian...

Dan seperkara lagi..kepompong bodoh pemikiran yang menyatakan Ulama' atau Tuan Guru itu hanya datang dari Pantai Timur atau Utara Malaysia sahaja harus dipecahkan...banyak lagi Ulama'-Ulama' dari seluruh Malaysia yang punyai kemampuan dan sewajibnya ditonjolkan sebagai pemimpin Parti kalian...ingatlah bukan daripada segi gelaran dan cara pemakaian yang harus kalian timbangkan...tetapi dari segi perwatakan, ilmu dan amal juga mesti diutamakan...

Akhirnya, soal bodohkah Ulama' lawan Profesional, aku sekadar merenung kembali suasana tatkala Rasulullah diutuskan di Makkah...soal ku, apakah para sahabat ketika itu semuanya sudah digelar Ulama' atau Rasulullah sahaja Ulamanya...Peringatan ku kepada teman-teman dalam Parti siasah Islam di tanahair tercinta, ingatlah yang kalian itu Parti siasah...iaitulah tugasnya mendidik dan melatih ahli-ahlinya dengan ilmu berteraskan Islam...terus, sekalipun org yang menyertai kalian adalah org profesional...orang itu sewajibnya dididik sehingga menjadi seorang Ulama' Profesional satu hari nanti....jangan jadikan diri kita bodoh kerana kejahilan kita sendiri...jangan kalian bangga dengan "title" kalian dan terus kalian lupa akan perjuanagan sebenar mendaulatkan Islamiyah...oh seperkara lagi...siapa kita untuk mengatakan "aku ini Ulama' dan pewaris para nabi?" Wallahualam

Kesyukuran..nyum2



Kira-kira 2 minggu yg lepas...aku sama teman2 karib ku telah mengadakan "makan-makan" untuk menyambut ulangtahun kelahiran anaknya Saiful; Daniel....terus aku tumpang sekaki, untuk mengadakan jamuan kesyukuran...
syukur kerana sudah punyai rumah sewa sendiri,
syukur kerana sudah hantar "proposal",
syukur kerana "proposal"ku sudah diluluskan oleh UWA Research School,
syukur kerana aku dilanjutkan usia setelah melewati tanggal keramat 3 April (dan kini diberi peluang meneruskan perjalanan hidup),
syukur kerana punyai teman-teman yang bisa mendokong dan membantu tatkala susah dan senang,
dan syukur kerana diberikan peluang untuk mencurahkan khidmat buat teman-teman di bumi Perth

Dalam jamuan kesyukuran itu, kami dihidankan dengan Nasi Beriyani yg nyum-nyum dibeli jauh nun di Leech Highway...turut ada Kek Hari Lahir si Danie (yang senget..hhahaha)l..sama pelbagai lagi hidangan sampingan termasuk "cocktail" Hanim...apa pun terima kasih saiful kerana benarkan guna rumah ko,d teman-eman y lai terima kasih kerana sudi hadir....

Monday, June 8, 2009

Bertemu NC UWA

Pada hari Jumaat, 5 Jun yang lalu aku telah dimaklumkan oleh sahabatku Brother Salim berkaitan pertemuan bersama Naib Canselor UWA rentetan keganasan yang bersifat kebinatangan yang telah dilakukan kepada sahabat seagamaku di kota Perth...memberikan reaksi kepada pertemuan itu, aku tuntas tanya "why me?"...bukan apa, kerana pertemuan itu diatur dikalangan persatuan di UWA, nah aku pula mewakili pelajar Malaysia seluruhnya...makanya seperti kurang enak...tetapi setelah dinytakan yang demi mewakili sahabat muslim Malaysia yang tiada suaranya...nah aku memikirkan tanggungjawab dan "soal amanah", maka aku terus menyertai pertemuan itu...

Cukup berbeda!! NC di Malaysia jika mau ditemui barangkali melewati sepurnama pun mungkin tidak bisa diatur pertemuan seperti itu...suasana didalam bilik mesyuarat itu cukup mesra, dengan dihadiri pegawai2 besar UWA, teman-teman persatuan lain, termasuk sahabatku dari Malaysia menerusi Malaysian Student Union (MSU). Aku turut melontarkan pandanganku, antaranya...betapa perlu UWA mengeluarkan kenyataan tegas mengutuk kejadian itu supaya keyakinan pelajar meningkat semula, menyediakan pelan kecemasan sekiranya kejadian sama berulang lagi, dan kepentingan mengadakan sesi penerangan kepelbagaian kaum/budaya kepada semua terutama penuntut tempatan...

Alhamdulillah, dikesempatan mesyuarat itu aku dapat juga mempromosikan MyPSA WA dengan pegwai UWA dan mereka cukup tertarik untuk menjalinkan hubungan baik dengan persatuanku...Pegawai daripada International Center menawarkan peluang untuk memperkenalkan MyPSA WA dikalangan penuntut pasca siswazah Malaysia di UWA....

Aku juga bersyukur dapat bertemu dengan rakan senegara dari MSU...pucuk dicita ulam mendatang...kedua-dua kami berbual seketika dan dia menyuarakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dalam masa yang terdekat....Alhamdulillah....aku melihat ini sebagai usaha murni menyatukan kembali penuntut Malaysia di UWA seluruhnya, yang barangkali agak berkecamuk kerana isu "MSU" sedari beberapa ketika dahulu..InsyaAllah....pertemuan dengan mereka akan aku nantikan...untuk kepentingan semua...

Thursday, June 4, 2009

Melayu atau Muslim?

Hari Selasa yang lalu, tanggal 2 June 2009/9 JamadilAkhir 1430H..aku lagi bantu teman di sini Kak Rosilah namanya, untuk menjadi "sample" bagi kajian PhDnya...Kajiannya berkaitan cara hidup pelajar Melayu di Western Australia...Suka dikenali sebagai melayu atau muslim??

Soalan pertamanya yang sedikit bikin aku tertawa sinis ialah..."Fareed ini orang apa? Org Melayu?" Lantas bingkas aku jawab "Saya org Malaysia...saya mix"....ia ialah...kalau ikut leluhurku, nenekku campuran Pakistan sama Baba Nyonya (makanya aku juga seharusnya "mix" juga kan???) hahhahaha...

Temubual itu ngambil masa lebih kurang satu jam, menyentuh pelbagai perkongsian pengalaman aku sebagai Melayu Muslim di Westen Australia....Soalan cepu emasnya...Siapa itu Melayu? Aku bilang Melayu itu ikutku adalah masyarakat serumpun di nusantara meliputi Malaysia, Indonesia, Sinagpura, Brunei, juga sedikit Thailand dan Kemboja...pokoknya yang punyai adat budaya Melayu dan dipaksikan kepada Bahasa Melayu....wah kaget juga kakak itu mendengar jawapan aku...hahhahaha

Tapi, aku rasai kajian Kakak Rosilah cukup menarik, kerana mengupas pelajar Melayu di perantauan....kerana sedari dulu kajian yang melimpah banyaknya hanya sekitar bangsa Cina dan India...Nah ini satu penerokaan baru!!! Apabila ditanyakan padaku, "Fareed suka dikenali sebagai Melayu atau Muslim di Western Australia?" Aku terdiam dan terkesima seketika....Antara Melayu atau Muslim?? Jawabku.......

Temuramah bersama Wartawan Malaysia



Alhamdulillah, tanggal 1 June 2009 yang lepas dengan kerjasama antara Australian Education International dan MyPSA WA, satu sesi temuramah dengan wartawan Malaysia telah diadakan di Seasons Hotel, Perth.

Kumpulan wartawan ini terdiri daripada Bernama, NSTP, dan The Star...Bagi pihak MyPSA WA telah diwakili oleh pelajar-pelajar berikut:

Sdr. Noor Hakim Rafaii (Curtin)
Sdr. Nizar (UWA)
Sdr.Imbarine Bujang (ECU)
Sdri Radin Maya Saphira (Murdoch)
Sdr. Isharudin (UWA)
Sdri Rani Diana (ECU)

Temubual berkisar sekitar pengalaman dan kehidupan pelajar Malaysia di Western Australia. Dikesempatan tersebut, aku lagi ambil peluang untuk memperkenalkan MyPSA WA dan memohon jasa baik mereka untuk menghebahkan kewujudan MyPSA WA.

Terima kasih mereka yang terlibat dan terima kasih Richard, Suzieana dan En. Mokhtar (wartawan-wartawan)....

PRK Penanti....Silap Strategi??

Walaupun aku berada jauh di perantauan, namun aku masih tegar mengikuti perkembangan tanahair aku yang tercinta...terkini...hujung minggu lepas, satu pilihanraya kecil telah diadakan di Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang...

Aku masih ingat bagaimana dalam tahun 1999 yang lalu aku pernah menjejakkan kaki ke kawasan tersebut ketika aku menuntut di Kolej MARA Kulim...satu aja yang aku teringat sampai hari ini, BENDERA BULAN YANG AMAT BESARRRR DI TENGAH BENDANG!!! Makanya secara umum mungkin kawasan tersebut KUBU KUAT sebuah parti politik di tanahair...

Namun bukan itu yang ingin aku lontarkan....apa yang ingin aku nukilkan ialah bagaimana satu lagi parti politik tanahair yang berpaksikan kepada semangat 1946..yang telah tanpa disedari mencipta sejarah pertama sejak 1954 (Pilihanraya Bandaran Pertama) untuk buat pertama kalinya tidak menyertai Pilihanraya di Malaysia. Persoalannya, apakah ini satu strategi yang betul atau pun tidak???

Bagi aku ini, siapa sahaja yang memberikan buah pandangan kepada YAB Presiden parti tersebut, merupakan ahli parti yang tidak punyai semangat melawan yang jitu dan amat "kecil" jiwanya....Benar jika dilihat hujah-hujah oleh YAB Dato'Seri ketua, seolah-olah membazir masa dan wang rakyat marhaen...tetapi hakikatnya itu bukan permintaan dan sentimen ahli-ahli partinya...

Kalau dilihat kepada sejarah Parti tersebut sedari tahun 1955 bilamana mereka meletakkan jawatan serentak sehingga menakutkan pemerintah Inggeris....ini soal prinsip dan semngat juang Parti tersebut....sedari dulu Parti ini yang dihormati dan didampingi kerana prinsip perjuangannya...bukan soal menang atau kalah...bukan soal buang masa atau apa sahaja...tetapi soal Parti ini perlu berdiri atas prinsipnya...biar kalah kali ke-5 pasca 8 Mac 2008 di Semenanjung tetapi Parti ini harus buktikan semangat yang tinggi...harus buktikan...ahhhh "Jahanamkan saja apa org mau bicara sama Parti aku...yang penting aku sama Parti aku mesti buktikan kami masih melawan"...Ini baru anak jantan...dan ini semangat akar umbinya...

Nah sekarang apa hasil daripada boikot Parti ini dalam Piliharaya Kecil itu?? Peratusan mengundi kurang, hanya sekitar 46.15%...Terus bersuara semuanya...kami berjaya mengurangkan undi...benar atau tidak kita lihat sendiri kiraan aku ini:

Jumlah pengundi= 15, 384
Peratusan Keluar Mengundi sasaran SPR = 70% atau 10,769 org
Peratus Keluar Mengundi sebenar = 46.15% atau 7098 org
Undi diperolehi PKR= 6052 undi
Maka, jika ikut sasaran SPR, sepatutnya ada lagi 4717 org yang sepatutnya keluar mengundi..

Katakan, kesemua mereka ini adalah Pengundi UMNO (walaupun mungkin bukan semua), makanya majoriti dimenangi oleh PKR dalam PR Kecil itu ialah 2381 undi...

Oleh itu, dengan jangkaan ini, PKR masih memenangi PilihanrayaKecil itu dengan majoriti dan jumlah undi yang meningkat kerana dlm PRU 8 Mac 2008, mereka menang dengan hanya 2119 undi.

Kesimpulannya, pantang anak Melayu Islam ngaku kalah sebelum bertanding..kalau kalah selepas berjuang itu lebih mulia...nah sekarang mungkin melihat angka yang aku hidangkan mungkin penyokong dan pendokong Parti Merah Putih menyedari...keputusan tidak menyertai pilihanraya kecil itu memungkinkan bikin penyokong sendiri lari dari menyokong kalian...renung-renungkan...

PRK Penanti...Silap Strategi??

Kutipan Derma Ikhsan buat sahabatku Utz Hilmi dan isteri

Bagi membantu meringankan bebanan Ustz Hilmi dan isteri yang kemalangan jalan raya, pihak MyPSA WA melalui Biro Kebajikan dan Biro Kerohanian telah menganjurkan siri pungutan derma ikhsan di semua universiti di Western Australia selepas solat Jumaat, 22 Mei 2009/28 JamadilAwal 1430H. Pungutan juga telah diadakan di Queensland dan Sydney atas kerjasama dengan MSDA. Ini adalah satu pekembangan yang amat positif dan hasil daripada kerjasama yang MyPSA WA telah mula wujudkan sedari 2 bulan lepas..Alhamdulillah

Semasa kutipan derma ikhsan ini dijalankan, aku lagi terharu dengan beberapa sahabat semuslim ku di kalangan teman-teman arab yang amat pemurah memberikan sumbangan. Bahkan ada seorg teman ku yang tidak dikenali datang bertemu aku dan menyatakan kesudian membiayai semua perbelanjaan ustz hilmi!!! MasyaALLAH!!! Bahkan jumlah pungutan yang kami perolehi cukup mengharukan aku...Terima Kasih teman-teman dan JazakAllahukhairankasira...

Pungutan Suara Aktiviti MyPSA WA

Sebagai memenuhi janji ku semasa Pemilihan Presiden MyPSA WA bulan April yang lalu, satu usaha bagi mengumpul pandangan ahli berkaitan cadangan aktiviti tahunan MyPSA WA telah dijalankan. Pungutan ini telah dijalankan melalui email dan laman web MyPSA WA selama 2 minggu dari 2 Mei 2009 sehingga 17 Mei 2009. Manakala pungutan cadangan MOTO MyPSA telah dijalankan bermula dari 18 Mei 2009 sehinggalah 24 Mei 2009.

Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada semua ahli MyPSA WA untuk memberikan pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh saf pimpinan MyPSA WA, InsyaAllah. Bahkan ini juga bertujuan memberikan rasa kepunyaan "sense of belonging" kepada persatuan.

Terima Kasih kepada semua yang memberikan pandangan...

Perjumpaan Bersama VC UM



Perjumpaan telah djalankan di Fakulti Sains Sosial, UWA pada Ahad, 3 Mei 2009/ 9 JamadilAwal 1430H. Delegasi UM diketuai oleh Prof. Dato' Dr. Ghauth Jasmon, Naib Canselor Universiti Malaya. Perjumpaan tersebut diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada pegawai UM yang sedang melanjutkan pelajaran di Western Australia bertemu dan mengemukan sebarang permasalahan. Disamping itu juga perjumpaan diadakan bagi memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan permohonan untuk menjadi pegawai akademik di Universiti Malaya.

Kehadiran pada majlis tersebut amat menggalakkan dengan seramai 30 orang telah menghadirinya. Bagi pihak MyPSA WA, 2 perkara telah diutarakan iaitu:
  1. Memohon pihak Dato' NC mengeluarkan surat sokongan dan terima kasih kepada para penyelia(supervisor) bagi para pegawai UM yang menuntut di WA (jika diperlukan oleh pegawai).Ini sebagai respon kepada permintaan salah seorang ahli MyPSA WA yang hadir dalam perjumpaan tersebut dengan tujuan untuk memberi penerangan kepada penyelia berkaitan tempoh 3 tahun sahaja yang diberikan pihak universiti untuk menyiapkan.
  2. Memohon pihak Dato' NC dan TNC(A) UM menyuarakan kepada KPT akan percanggahan tempoh 4 tahun (tawaran PhD oleh universiti di Australia) dengan 3 tahun (tawaran biasiswa KPT). Sebagai respons, TNC(A) UM memaklumkan bahwa isu ini telah diutarakan oleh TNC(A)-TNC(A) IPTA kepada KPT dan pihak KPT akan berusaha untuk mendapatkan respon daripada Australia atas rasional menaikkan tempoh pengajian PhD kepada 4 tahun
Selepas majlis tersebut aku telah membawa mereka bersiar-siar di King's Park (dalam Limo BEAR) dan kemudian aku pelawa mereka menaiki kereta zamani (mira a.k.a kancil) pergi makan malam di restoran Makan-Makan....Suasana dan perbualan kami amat mesra sehingga menyentuh perkara berkaitan keluarga dsb. Aku amat bersyukur mengenali Dato' VC UM dan Dato' Amin yang cukup terbuka kepada perbincangan..

Pertemuan kami berakhir apabila aku menghantar mereka kembali ke hotel dengan kete mira a.ka. kancil...mereka cukup mudah didampingi...InsyaAllah panjang umur kita berjumpa di Kuala Lumpur...