Tuesday, June 30, 2009

limau oh limau...


Selama 20 tahun aku hidup...due pokok je yang penah dan selalu aku panjat iaitu si pokok mangga dan si pokok rambutan...punyelah buang tebiat, dah kat Perth boleh aku panjat si pokok Limau a.k.a oren..hahahhaaha

semua bermula dengan pelawaan si abeng untuk datang ke fakulti dia untuk ambil buah oren yg melandui-landui tu, sebelum pokok-pokok itu nak dipindahkan...jadik ape lagi, aku dengan teman sepermainan ku si zamani a.k.a. sivamani a.k.a jejaka idaman perth a.k.a manir...pun beraksi lah dipetang sabtu sebelum bermain badminton...dalam hujan renyai-renyai kami redah juga untuk memetik si buah oren yang nyum2..hehehehe

habis pokok tuh licin kitorang kejekan...tinggalkan 2-3 bijik je terkontang-kanting...bayangkan penuh beg Deuter ku...semue kerane oren idaman..limau oh limau...

Chill..Lah Nite...

Dua hari sebelum tanggal 19 Jun 2009 (jumaat), aku menerima panggilan mengejut daripada teman "seperguruan" ku semasa ketika di GSM, UPM...Imbarine (atau aku panggil Im..) menelefon dan menyatakan hasrat untuk menjemput aku ke satu majlis makan mlm anjuran kelab sukan pelajar malaysia di Perth...iya aku pernah dengar tentang kelab sukan ini atau lebih tepat kelab bola dikalangan penuntut malaysia (terutamanya yg dikenali sbg Borneo FC..aku tau pun si Im nie la yg cerita..)...terus aku bersetuju untuk hadiri, ye la makan free kan..hehehe...tapi bila aku nak letak telefon, tetibe si Im ni tambah, eh ko "tetamu VIP" nye yea...kene bg ucapan rasenye..ah sudah, aku cakap...nape plak aiiii? katanya kerana persatuan aku la persatuan yg benar-benar nampak persatuan pelajar malaysia buat masa ini, walaupun ahlinya kalangan "postgrad"...hmmmm aku terdiam sekejap...kerana pikirkan peluang untuk meluaskan pengaruh dan kepentingan persatuan yang aku wakili, iya aku bersetuju dan akan hadir atas kapasiti sebagai wakil MyPSA WA....

Di pendekkan cerite (selepas pinjam kereta sepol a.k.a abeng), aku pun menuju ke restoran "Makan-Makan" di Vic PArk untuk majlis tersebut...mula-mulanya aku agak kaget...bukan apa setelah 6 bulan di Perth, rupanya ramai lagi penuntut Malaysia terutama yang Melayu yang aku tak kenai....semua depa malam tuh bukan main stylo...aku setakat jaket n sweater jek..hahhaha...bukan apa, aku tak tau pun ada tema "stylo" malam tuh..redah je la...


Rupanya majlis ini dikenali sebagai "Chill..la nite" anjuran empat kelab sukan pelajar malaysia di Perth iaitu Dan Dan FC, Borneo FC, SRGHJ FC dan Swan Titans Rugby Club. Adalah persembahan nyanyian daripada pelajar, penyampaian anugerah, sambutan hari lahir, dan "games"-sambung lirik...diselit juga dengan ucapan perasmian dan pelepasan atlet untuk sukan persatuan pelajar Malaysia di Australia oleh...AKU...hehehhe...apa pun aku cuba berikan semangat kepada mereka..teman-teman yang hadir menyahut dengan sorakan dan tepukan lantaran aku lontarkan kata semangat...kita GEGARKAN SYDNEY!!!!

Keseluruhannya, aku bangga dan kagum dengan keupayaan anak-anak sebangsa dan setanahair yang mampu mewujudkan kelab sukan yang aktif di perantauan..bahkan aku gembira melihat keakraban sesama mereka....cuma harapan aku yang sempat aku luahkan, agar mereka kembangkan pengaruh kelab-kelab mereka ini dikalangan semua warga malaysia yang berada di Perth...Tahniah kepada mereka yang menganjurkan makan malam ini, aku sungguh gembira mengenali mereka...terima kasih Im dan kengkawan lain kerana menjemput aku...malam itu memang betul "Chill..Lah Nite"

Thursday, June 25, 2009

Setelah 5 tahun...aku masuk "exam" kembali??

Kali terakhir aku amek "exam" kira-kira 5 tahun lepas, sekitar pertengahan tahun 2004...ketika itu melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Sains (Pengurusan) di UPM...masih segar la dibenak ku di bilik kuliah 2 bangunan GSM, UPM aku menduduki "exam" terakhirku, iaitulah subjek "Operation Management" yang diajar oleh salah sorang guru mentorku..Dr. Murali Sambasivan (Dr..yar...hehehe)

Kini, selepas 5 tahun...hari Jumaat lepas aku sekali lagi menduduki "exam", tapi kali ini di universiti di perantauan dengan suasana yang cukup-cukup berbeda...aku agak canggung...udahlah subjeknye agak sukar di tambah kecanggungan aku sama suasana ribut yang melanda diluar dewan...seolah-olah serba tak kena aja aku...masa berlalu pantas...tanpa kusedari 2 jam berlalu dan pengalaman ngeri ku ini berakhir begitu saja...baru aku teringat kembali betapa "gabra"nya menduduki peperiksaan...selama 2 tahun yg lepas...aku sekadar jaga "exam" dan gelakkan pelajarku yang terkial-kial dlm "exam" mereka...nah sekarang baru aku rasai kembali...

Bila berjalan kembali ke rumah sewa ku, aku tersenyum sinis dan bertanya pada diriku sendiri "Setelah 5 tahun...aku masuk"exam"kembali??"hahahaha

Tuesday, June 16, 2009

Keraian Kebangsaan Meriah...tapi....



Seperti biasa di tanahair, setiap tanggal 6 Jun akan diraikan ulangtahun keputeraan Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. Cuma kali ini, tahun ini, pengalaman pertama aku untuk meraikannya...di perantauan...di Perth, Western Australia.

Barangkali kalau di tanahair tidak terasa sambutannya, yang mungkin terlintas selama ini, laungan gembira kerana dapat cuti umum...mau bikin apa, mau ke mana...itu aja yang terdetik...Nah kali ini, di Perth barangkali suasana agak berbeda, hari ini diraikan dengan pengumpulan kelompak rakan sebangsa dan setanahair untuk menzahirkan rasa bangga kita kerana punyai simbol kedaulatan sebuah negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Antara acara ketika sambutan itu termasuklah dimana aku sama teman-teman MyPSA WA diberi peluang untuk mengepalai nyanyian lagu patriotik iaitu "Malaysia Tanahairku" sama "Keranamu Malaysia". Di samping itu ada juga persembahan khas tarian zapin daripada adik-adik Sekolah Menengah Sains Alam Shah, yang kebetulan mengadakan lawatan ke Perth sempena cuti sekolah. Ramai juga yang aku berkenalan dalam majlis ini bukan saja untuk "networking" aku tetapi juga memperkenalkan MyPSA WA.

Keseluruhannya, program ini amat bagus dan menimbulkan perasaan cintakan negara dan memberi peluang untuk kita sebangsa dan setanahair berjumpa dan bermesra. Tetapi ada beberapa perkara yang terlintas disanubari dan mindaku yang ingin aku lontarkan untuk kite renung-renungkan...

  1. Pertama, aku agak kurang bersetuju bilamana majlis ini, yang disertai oleh majoritinya teman-teman sebangsa dan setanahair, yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia, yang terkandung di dalamnya...Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu...tetapi majlis ini dilangsungkan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Apalah salahnya kita mengambil peluang ini untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri. Mungkin lebih rasional jika kita kendalikan dalam dwi bahasa, jika malu sangat nak bertutur dalam bahasa kebangsaan... Apakah kita malu? Atau sekadar menjaga kepentingan jemputan dan tetamu asing sehingga sanggup membelakangkan daulatnya bahasa kita? renung-renungkan
  2. Kedua, aku agak kurang bersetuju bilamana majlis ini yang dimulakan dengan bacaan doa tetapi pembacaan doa itu agak kurang sempurna....Benar kita berpegang kepada prinsip Allah itu tahu semua bahasa di dunia, tetapi syarat-syarat berdoa juga jgn kita lupakan. Mana pergi puji-pujian kepada Illahi, mana pergi selawat dan salam kepada Rasulullah dan para sahabat, dan mana pergi doa Majlis yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Bukan apa, biarlah kita gunakan majlis ini untuk berdakwah juga bukan sekadar formaliti untuk mencantikkan majlis....renung-renungkan
  3. Ketiga, aku agak kurang bersetuju JIKA BENAR majlis seumpama ini yang dibuka kepada warganegara dan jemputan (yang agak santai) hanya diadakan ketika sambutan ulangtahun Keputeraan YDP Agong sahaja. Sementara untuk Hari Kebangsaan, tanggal 31 Ogos tidak diraikan seperti ini, cuma akan diadakan "Merdeka Ball" yang penyertaannya harus membayar sekitar AUD 80++ seorang....Di sini, secara peribadi aku nyatakan kurang masuk akal...kerana perayaan Hari Kebangsaan/Kemerdekaan merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh teman-teman sebangsa dan setanahair...Perayaan inilah yang harus lebih kita raikan dan melibatkan lebih ramai warganegara...Penganjuran dengan melibatkan kos penglibatan yang tinggi semestinya akan menyekat semangat anak bangsa diperantauan untuk menyertainya....terutama teman-teman yang penuntut yang tidaklah mempunyai wang yang banyak untuk menyertainya...Harus kita muhasabah, apakah sambutan Hari Kemerdekaan untk golongan tertentu atau untuk seluruh teman-teman sebangsa dan setanahair? renung-renungkan...
Akhirnya, sekali lagi aku memuji usaha murni pihak Konsulat General dlm menganjurkan majlis seperti ini...Ikhlas aku nyatakan...Keraian Kebangsaan ini Meriah...tetapi...

Thursday, June 11, 2009

Bodohkah Ulama Lawan Profesional?

Bodoh!!! Itulah ungkapan pertama aku tatkala membaca liputan perhimpunan satu wadah perjuangan Islam di tanahair pada hujung minggu yang lalu...Mungkin ada yang akan bilang aku ini biadap kerana mulakan bicara dengan ungkapan "BODOH" tetapi izinkan aku terangkan maksudku dahulu ia....aku bukan partisan, tetapi sebagai ahli akademik, seharusnya aku memberikan nukilan mindaku yang tulus dan neutral...ibarat yg selalu aku ungkapkan, Yang Betul Katakan Betul, dan Yang Salah Katakan Salah...mudahkan....

Sedari belum bermula Perhimpunan Parti itu sudah sekonyong-konyong dicanangkan ada pertembungan, keberantakan antara pemuka-pemuka yang bergelar Ulama' berentam sama pemuka-pemuka Profesional dalam pemilihan tahunan parti siasah itu....terus dalam pertemuan sayap-sayap Parti nya, terutamanya daripada Dewan Ulama'nya gagah melaungkan "kami usulkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dan satu Naib Presiden mestilah Ulama'!!" Tegas dan Tegar sekali laungan itu....Cuma bagiku...laungan ini seolah-olah seperti orang bodoh yang tidak bisa untuk diajar...nah aku selalu diingatkan, berfikir dulu sebelum bicara...kata Dr. Azis teman mentorku di UPM "Whenever you want to voice your opinion or ask a question in any meeting or conference....make sure, first you show you knowledge and then critized them..so that people will be impressed with you and will remember you"

Tapi dalam laungan menuntut jawatan utama Parti siasah Islam ini diterajui oleh Ulama' sahaja seolah-olah menampakkan kedangkalan mereka sendiri yang tidak memahami perjalanan parti anutan mereka sendiri..
Bukankah pimpinan tertinggi (dr segi Jawatan) dalam Parti mereka sendiri bukanlah Presiden tetapi Mursyidul Am
Bukankah Dewan Harian (Majlis Tertinggi) tidak punyai kata putus melainkan setelah dipersetujui oleh Dewan Syura Ulama'
Bukankah Dewan Syura Ulama' itu sendiri terdiri daripada ahli cerdik pandai dalam ilmu Islmiyah
BukankahDewan Syura Ulama' itu yang dimengertikan sebagai pimpinan Ulama' dalam parti anutan mereka yang membedakan dari Parti-Parti yang lain....

Tidakkah bodoh ini namanya... Seperti yang aku pernah bicarakan dahulu dlm soal Org Melayu yang masih terhengeh-hengeh mempertahankan Malaysia ini milik org melayu...PM itu mestilah org Melayu kerana kita Tuan Punya Tanah Malaya (Lihat nukilanku "Tuankah Melayu").yang bagi aku kalau Qualiti Melayunya udah hancur, usah kuat sangat jeritkan isu ini. Begitu juga dlm hal Ulama dalam Parti siasah Islam ini, Isunya mudah...kalau benar mahukan Ulama' terus kekal dipersada Presiden ataupun Timbalan ataupun Naib Presiden...
makanya Ulama' itu sendiri sewajibnya memperkasakan diri mereka...
Ulama' sewajibnya menonjolkan kemampuan mereka...
Ulama' sewajibnya membuktikan keberkesanan pimpinan mereka...
Ulama' sewajibnya menunjukkan kebijaksanaan berdialog dan mendamaikan semua ras, kaum dan agama..
Ulama' sewajibnya menjadi contoh bergerak mirip kepada cara Rasulullah memimpin ummah atau para sahabat dan tabiin membina Empayar Islamiyah....

Jika ini mampu didarah dagingkan...usah takut soal jawatan itu...bahkan sebenarnya, kesedaran ahli-ahli Parti kalian sendiri akan memilih orang yang seumpama ini untuk memipin kalian...

Dan seperkara lagi..kepompong bodoh pemikiran yang menyatakan Ulama' atau Tuan Guru itu hanya datang dari Pantai Timur atau Utara Malaysia sahaja harus dipecahkan...banyak lagi Ulama'-Ulama' dari seluruh Malaysia yang punyai kemampuan dan sewajibnya ditonjolkan sebagai pemimpin Parti kalian...ingatlah bukan daripada segi gelaran dan cara pemakaian yang harus kalian timbangkan...tetapi dari segi perwatakan, ilmu dan amal juga mesti diutamakan...

Akhirnya, soal bodohkah Ulama' lawan Profesional, aku sekadar merenung kembali suasana tatkala Rasulullah diutuskan di Makkah...soal ku, apakah para sahabat ketika itu semuanya sudah digelar Ulama' atau Rasulullah sahaja Ulamanya...Peringatan ku kepada teman-teman dalam Parti siasah Islam di tanahair tercinta, ingatlah yang kalian itu Parti siasah...iaitulah tugasnya mendidik dan melatih ahli-ahlinya dengan ilmu berteraskan Islam...terus, sekalipun org yang menyertai kalian adalah org profesional...orang itu sewajibnya dididik sehingga menjadi seorang Ulama' Profesional satu hari nanti....jangan jadikan diri kita bodoh kerana kejahilan kita sendiri...jangan kalian bangga dengan "title" kalian dan terus kalian lupa akan perjuanagan sebenar mendaulatkan Islamiyah...oh seperkara lagi...siapa kita untuk mengatakan "aku ini Ulama' dan pewaris para nabi?" Wallahualam

Kesyukuran..nyum2



Kira-kira 2 minggu yg lepas...aku sama teman2 karib ku telah mengadakan "makan-makan" untuk menyambut ulangtahun kelahiran anaknya Saiful; Daniel....terus aku tumpang sekaki, untuk mengadakan jamuan kesyukuran...
syukur kerana sudah punyai rumah sewa sendiri,
syukur kerana sudah hantar "proposal",
syukur kerana "proposal"ku sudah diluluskan oleh UWA Research School,
syukur kerana aku dilanjutkan usia setelah melewati tanggal keramat 3 April (dan kini diberi peluang meneruskan perjalanan hidup),
syukur kerana punyai teman-teman yang bisa mendokong dan membantu tatkala susah dan senang,
dan syukur kerana diberikan peluang untuk mencurahkan khidmat buat teman-teman di bumi Perth

Dalam jamuan kesyukuran itu, kami dihidankan dengan Nasi Beriyani yg nyum-nyum dibeli jauh nun di Leech Highway...turut ada Kek Hari Lahir si Danie (yang senget..hhahaha)l..sama pelbagai lagi hidangan sampingan termasuk "cocktail" Hanim...apa pun terima kasih saiful kerana benarkan guna rumah ko,d teman-eman y lai terima kasih kerana sudi hadir....

Monday, June 8, 2009

Bertemu NC UWA

Pada hari Jumaat, 5 Jun yang lalu aku telah dimaklumkan oleh sahabatku Brother Salim berkaitan pertemuan bersama Naib Canselor UWA rentetan keganasan yang bersifat kebinatangan yang telah dilakukan kepada sahabat seagamaku di kota Perth...memberikan reaksi kepada pertemuan itu, aku tuntas tanya "why me?"...bukan apa, kerana pertemuan itu diatur dikalangan persatuan di UWA, nah aku pula mewakili pelajar Malaysia seluruhnya...makanya seperti kurang enak...tetapi setelah dinytakan yang demi mewakili sahabat muslim Malaysia yang tiada suaranya...nah aku memikirkan tanggungjawab dan "soal amanah", maka aku terus menyertai pertemuan itu...

Cukup berbeda!! NC di Malaysia jika mau ditemui barangkali melewati sepurnama pun mungkin tidak bisa diatur pertemuan seperti itu...suasana didalam bilik mesyuarat itu cukup mesra, dengan dihadiri pegawai2 besar UWA, teman-teman persatuan lain, termasuk sahabatku dari Malaysia menerusi Malaysian Student Union (MSU). Aku turut melontarkan pandanganku, antaranya...betapa perlu UWA mengeluarkan kenyataan tegas mengutuk kejadian itu supaya keyakinan pelajar meningkat semula, menyediakan pelan kecemasan sekiranya kejadian sama berulang lagi, dan kepentingan mengadakan sesi penerangan kepelbagaian kaum/budaya kepada semua terutama penuntut tempatan...

Alhamdulillah, dikesempatan mesyuarat itu aku dapat juga mempromosikan MyPSA WA dengan pegwai UWA dan mereka cukup tertarik untuk menjalinkan hubungan baik dengan persatuanku...Pegawai daripada International Center menawarkan peluang untuk memperkenalkan MyPSA WA dikalangan penuntut pasca siswazah Malaysia di UWA....

Aku juga bersyukur dapat bertemu dengan rakan senegara dari MSU...pucuk dicita ulam mendatang...kedua-dua kami berbual seketika dan dia menyuarakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dalam masa yang terdekat....Alhamdulillah....aku melihat ini sebagai usaha murni menyatukan kembali penuntut Malaysia di UWA seluruhnya, yang barangkali agak berkecamuk kerana isu "MSU" sedari beberapa ketika dahulu..InsyaAllah....pertemuan dengan mereka akan aku nantikan...untuk kepentingan semua...