Pertamanya maafkan saya atas kekhilafan dan kedangkalan ilmu saya...berhubung perkara ini, saya tidaklah berniat untuk memanjangkan perbincangan...cuma sedikit pandangan daripada saya yg kerdil ini berkaitan surat yg saudara kemukakan. Bukanlah saya berniat untuk meragui kesahihan surat terbabit tetapi ada beberapa perkara yang WAJIB kita perhatikan dan ambil maklum, sebelum membuat sebarang konklusi. Saya berpendapat adalah lebih wajar sekiranya kita menyelidik dahulu sesuatu maklumat/surat dan menyediakan semua maklumat sokongan disebaliknya sebelum kita membuat makluman kepada ahli. Ini kerana ia akan hanya menambahkan kekeliruan & kemusykilan dikalangan kita. Saya mengemukakan pandangan atas dasar apakah itu fatwa atau pandangan atau persetujuan dalam mesyuarat Jawatakuasa Fatwa Negeri dan saya berpandukan kepada "details" yang dikemukakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
1. Merujuk kepada surat yg saudara kemukakan, ianya adalah surat maklum balas daripada Sahibussamahah Dato' Mufti negeri Perak kepada Pengerusi PKIMB Perak. Ingin saya nyatakan disini ini ianya bukanlah surat pewartaan rasmi oleh Jbtn mufti negeri. Bahkan disebut oleh al Fadhil Dato' Mufti dihujung ayatnya.."akan diwartakan" dan belum diwartakan pada tarikh surat tersebut. Mengikut Perkara 3 dalam Peruntukan Mengenai Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan jelas menyebut:
"Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa
jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;"
Justeru jika ada Warta rasmi, maka warta rasmi inilah yang sepatutnya dikongsi bersama-sama seluruh ahli dan bukan surat maklum balas hasil perbincangan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Ini kerana didalam warta ini akan dihujahkan semua sebab secara terperinci bersama dengan bukti untuk makluman semua pihak dan dalam email terdahulu surat maklum balas itu, hanya menyatakan sebab yg tidak diperincikan...Ini saya yakin akan mengundang 1001 persoalan dan "kita yang berilmu" ini tidak patut membiarkan orang yang jahil seperti saya terkapai-kapai tak tau mane nak tuju. Sekiranya kita pun tak tahu, lebih baik kita diam dan tak timbulkan kekeliruan dalam masyarakat-ini pandangan saya, maaf jika agak kasar.
2. Berhubung Jawatankuasa Fatwa Negeri/MKI pula, dengan jelas disebut oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa" keputusan/pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang" -soalan saya jika belum lagi jatuh hukum fatwa apakah rasionalnya kita membincangkan perkara ini? Bukankah akan mengundang kekeliruan lagi sebab kita pun tak jelas lagi?
3. Seperkara lagi, oleh kerana ini adalah makluman (sekiranya belum ada Warta Kerajaan maka belum Fatwa lagi) oleh Sahibussamah Dato' Mufti negeri Perak dan bukannya Majlis Fatwa Kebangsaan, maka saya mohon penjelasan akan rasionalnya untuk di "generalize" kepada semua umat Islam di malaysia dan sampai ke Perth? Saya bertanyakan ini kerana jelas disebut oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dibawah Peruntukan Mengenai Fatwa Perkara 4 dan Perkara 5:
- Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
- Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu
Isunya, apabila kita menulis maka beban menjelaskan adalah terletak kepada bahu kita...saya khuatir isu ini dimaklumkan kepada ahli kerana ada ahli lain yang sebut dikedai kopi berdasarkan kepada surat makluman ini-sila lihat email pertama Sdr Nazri. Jika benar, maka silakan ianya perlu ada penjelasan. Isunya bukan minta ahli dan seluruh yang membaca email ini bertaubat dan sebagainya-itu sudah menjadi tuntutan agama untuk bertaubat setiap masa, bukan hanya dalam isu "poco-poco" ini. Tetapi perlu ada penjelasan terperinci, sahih dan disertakan bukti-buktinya jika mahu disebut dan dimaklumkan dalam community ini.
Saya sekadar berkongsi pandangan..alhamdulillah Sdr. Nazri mengingatkan kita dengan doa tersebut tetapi bagi saya jika dah sebut isu ini maka kita harus jelaskan, kita tidak boleh mengaburinya dengan doa untuk penyatuan ummah...Sekiranya kita sendiripun tak jelas maka lebih baik awal-awal lagi kita jangan sebut untuk elakkan kekeliruan. Bak kata Saidina Ali Karamullahuwajha:
"no abstinence is better than to restrain one's mind from doubts (about religion)"
Saya sekadar berkongsi, jika ada yang saya sebut ini silap, itu kerana kekhilafan dan kejahilan saya, mohon maaf kepada semua. Kalau benar saya tersilap dan jahil, harap yang cerdik dan berilmu tolong perbetulkan. Bak kata cendia " jangan salahkan orang bodoh kerana dia bodoh, tetapi salahkan orang pandai kerana tidak mengajar orang yang bodoh".
Wallahua'lam.
Fareed Ismail
Rujukan saya: http://www.e-fatwa.gov.my/apa-itu-fatwa
p/s: Jabatan Mufti Perak x boleh access sebab byk gile virus...ternak agaknye =
No comments:
Post a Comment