Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai & Xin Nian Kuaile

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,

Teman-teman MyPSA WA dan Mawar sekalian,

Dikesempatan ini saf pimpinan MyPSA WA ingin merakamkan ucapan Gong Xi Fa Cai dan Xin Nian Kuaile kepada teman-teman kita yang meraikan Tahun Baru Cina pada tanggal 14 Februari 2010 ini. Semoga perayaan tahun ini akan memberikan teman-teman kita seribu satu kegembiraan, kesenangan dan kemudahan untuk menjalani kehidupan di perantauan.

Tahun ini yang merupakan tahun Harimau Emas dalam kalender Lunar Cina, pastinya akan memberikan kita semangat untuk terus berjuang dan lebih tangkas sepertimana perilaku harimau itu sendiri.Harimau digambarkan sebagai semangat yang mempunyai keberanian, kecekalan, ketangkasan dan kebijaksanaan. Ciri-ciri ini mungkin bisa kita jadikan sedikit renungan untuk memperbaiki dan meningkatkan produktiviti kita yang sedang berjuang di pentas ilmu.

Apakah pernah kita lihat erti putus asa pada Sang Harimau dalam bertarung?
Apakah pernah kita lihat Sang Harimau lemah dalam bersaing untuk survival kehidupannya?
Apakah pernah kita lihat Sang Harimau gentar berhadapan dengan cabaran?

Nah barangkali inilah, yang bisa kita cuba adaptasikan dalam mengharungi liku kehidupan kita di bumi Perth ini untuk tahun-tahun yang mendatang. Ayuh kita semuanya mengambil semangat ini dalam meraikan teman-teman Tiong Hua kita yang merayakan Tahun Baru mereka, untuk sama-sama kita buktikan yang kita para penuntut pasca siswazah Malaysia di Western Australia ini bisa mengaum, bersaing, berani, tangkas, bijaksana dan mampu mencapai tingkat tertinggi dalam pengajian kita, InsyaAllah.

Akhirnya, sekali lagi saf pimpinan MyPSA WA menuturkan Gong Xi Fa Cai dan Xin Nian Kuaile kepada semua dan semoga semangat kekeluargaan kita akan terus diperkasa buat selamanya. Kami juga dengan takzimnya menjemput semua untuk bersama-sama dalam program kemuncak MyPSA WA sesi ini iaitu Hari Keluarga MyPSA WA seperti berikut:

Lokasi: Coogee Beach, Fremantle
Masa: 9 a.m. - 1 p.m.


Sekian, terima kasih.

Wassalam dan Salam Perpaduan

"Kukuhkan Kekeluargaan Kita"

"Bersama Kukuhkan MyPSA WA Kita"

Saf Pimpinan MyPSA WA
Sesi 2009-2010

Thursday, December 24, 2009

Ucapan Hari Natal & Tahun Baru 2010

Assalamualaikum & Salam Muhibbah

Teman-teman MyPSA WA & Setanahair sekalian,

Pihak MyPSA WA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada teman-teman penganut Kristian yang bakal meraikannya pada tanggal 25 Disember 2009. Semoga perayaan ini akan memberikan seribu satu kegembiraan kepada teman-teman yang meraikannya.

Bagi teman-teman yang tidak meraikan perayaan ini, mungkin kita bisa menggunakan kesempatan berada di persekitaran yang begitu sinonim dengan Hari Natal ini untuk memahami adat resam dan budaya setempat dalam merayakannya. Misalnya, saya sekadar berkongsi bacaan saya dalam intisari novel karya Charles Dickens bertajuk A Christmas Carol, terdapat beberapa perkara yang bisa kita tuntuni daripada kisah seorang bakhil yang lagi tamak haloba dan suka menindas; bernama Ebenezer Scrooge dalam menjelang perayaan Hari Natal.

Scrooge telah berubah sepenuhnya setelah didatangi oleh Marley Ghost (rakan kongsinya yang telah meninggal), Ghost of Christmas Past, Ghost of Christmas Present dan Ghost of Christmas Yet To Come. Scrooge telah dibawa mengembara melihat kehidupannya bermula ketika dia masih kecil dengan sifat lembut dan innocent-nya, sifat semasanya yang tamak dan haloba serta suka menindas, sehinggalah kesan atau walhasil daripada sifatnya yang ada sekarang. Kesedaran dan keinsafan Scrooge telah menyebabkannya berubah sepenuhnya menjadi seorang yang baru pada Hari Natal tersebut.

Kisah klasik daripada novel terkemuka ini mengajar kita bahawa tiada yang mustahil untuk kita berubah kepada kebaikan. Segala sifat yang buruk itu akan hanya menyusahkan dan memberikan kesan negatif kepada kita pada masa yang akan datang.Semangat berubah kepada kebaikan inilah yang harus kita cernakan dalam menghadapi kehidupan sebagai penuntut di perantauan ini. Justeru itu teman-teman sekalian, MyPSA WA mengambil kesempatan ini juga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan semoga kita akan berubah kepada kebaikan serta mencapai cita dan hasrat kita pada tahun baru ini, InsyaAllah.

Akhirnya, sekali lagi selamat menyambut Hari Natal bagi teman-teman penganut Kristian dan Selamat Tahun Baru 2010 kepada seluruh sahabat sekalian.

Wassalam & Salam Perpaduan

"Kukuhkan Kekeluargaan Kita"

"Bersama Kukuhkan MyPSA WA Kita"

Yang benar,
Ahmad Fareed Ismal
Presiden
MyPSA WA
Sesi 2009-2010

Friday, December 18, 2009

Salam Awal Muharram 1431H & Tabung Amanah Zakat

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,

Teman-teman MyPSA WA dan Setanahair sekalian,

Pihak MyPSA WA ingin merakamkan Salam Awal Muharram 1431H buat seluruh ahli MyPSA WA yang beragama Islam. Sempena dengan tahun baru hijriah ini, marilah sama-sama kita memuhasabah diri kita barang apa yang telah kita lalui setahun yang lepas. Apakah kita telah menjalaninya dengan baik dan menampakkan peningkatan daripada tahun-tahun hijriah yang lalu? Apakah kita telah melakukan ibadah yang terbaik kepada-Nya pada tahun lalu berbanding tahun-tahun yang sebelumnya? Apakah kita sudah bersedia jika kita ditakdirkan kita dijemput menemui-Nya pada tahun ini? Saya sekadar mengutarakan soalan-soalan ini kepada diri saya kelmarin lantas terdetik pula untuk berkongsi dengan teman-teman yang lainnya...

Apapun yang telah berlalu tetap berlalu...ayuh kita bulatkan nekad dan tingkatkan istiqamah, bahawa tahun baru hijriah 1431 ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelumnya, InsyaAllah. Jika dalam menyambut Awal Muharram ini kita sering renungkan kembali sirah nabawiyyah, peristiwa hijrah Rasulullah dan para sahabat dari Makkah ke Madinah...apalah kiranya dalam masa yang sama kita renungkan juga sejarah hidup kita daripada mula teringat dek minda hinggalah ke hari ini. InsyaAllah kita mungkin akan tersedar akan betapa banyaknya masa telah kita luangkan untuk menghampiri jejak pengorbanan yang dilakukan para sahabat yang berhijrah bersama-sama Rasulullah...atau mungkinkah kita tidak pernah hampir kepada jejak itu bahkan semakin jauh?? Tepuk dada tanyalah iman kita masing-masing...Wallahu'alam.

Sebagai buah tangan untuk semua pada awal tahun Hijriah ini, MyPSA WA ingin meuar-uarkan penubuhan Tabung Amanah Zakat (TAZ) dibawah seliaan pihak MSDA bagi membantu para pelajar Muslim Malaysia yang berada di Australia. Saya bagi pihak MyPSA WA telah mengadakan perbincangan dengan pihak MSDA dalam memberikan cadangan untuk menambahbaikkan penubuhan TAZ. Perlembagaan dan mekanisme pungutan serta pengagihan zakat ini masih lagi dikemaskini oleh pihak MSDA dengan kerjasama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra yang mana akan MyPSA WA maklumkan kepada semua ahli persatuan perkembangannya daripada semasa ke semasa. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat mana-mana ahli yang bermasalah atau ditimpa musibbah (diklasifikasikan sebagai asnaf sabil), maka harap memaklumkan kepada mana-mana ahli saf pimpinan MyPSA WA untuk kami lanjutkan ke pengetahuan Ahli Lembaga TAZ yang berpusat di Sydney.

Akhirnya, MyPSA WA sekali lagi mengucapkan Salam Awal Muharram 1431H buat semua dan sama-sama kita sambut dengan angin perubahan ke arah kebaikan dan kebajikan.

Wassalam dan Salam Perpaduan

"Ke Arah Mengukuhkan MyPSA WA"

Yang benar,
Ahmad Fareed Ismail
Presiden
MyPSA WA
Sesi 2009-2010

Thursday, December 10, 2009

Ucapan Hari Eidul Adha 1430H-terlambat post

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Teman-teman MyPSA-WA & Setanahair sekalian,


Pihak MyPSA-WA mengucapkan Salam Eidul Adha buat semua teman-teman sekalian yang beragama Islam yang bakal meraikan hari yang penuh bermakna ini pada tanggal 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H. Marilah sama-sama kita hayati sepenuhnya makna disebalik sambutan yang kita raikan saban tahun selama kita dipinjamkan di dunia ini.

Antara persepsi budaya sesetengah masyarakat kita mengatakan bahawa Hari Raya Eidul Adha ini kurang "kick"nya, kurang meriahnya dan kurang pentingnya berbeda dengan sambutan Eidul Fitri. Ini benarnya satu persepsi yang kurang persis sama sekali kerana kedua-dua perayaan ini punyai kepentingan dan hikmah tersendiri yang disyariatkan kepada kita sebagai muslim yang sejati. Jika 1 Syawal diraikan atas tuntas kejayaan menempuhi Ramadhan al-mubarak, maka 10 Zulhijjah pula diraikan atas mengenang peristiwa Nabi Ismail a.s. dan ayahandanya Nabi Ibrahim a.s.

Peristiwa pengorbanan dua kekasih Illahi ini pastinya banyak yang mampu kita terjemahkan dalam mengharungi kehidupan kita yang sedang berjuang di perantauan untuk menuntut ilmu. Ini kerana menuntut ilmu dengan niat kerana Allah adalah satu ibadah yang cukup besar ganjarannya ditambahkan pula jika membulatkan niat untuk berbakti kepada agama-Nya dan membantu membebaskan anak bangsa daripada kejahilan tatkala kita ditakdirkan InsyaAllah nanti bisa menyiapkan pengajian peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah masing-masing.

Justeru, ayuhlah kita mengambil semangat Eidul Adha ini untuk menggandakan iltizam kita dan memperbaharui niat kita dalam menempuhi cabaran berliku dalam menuntut ilmu di perantauan ini. Pengorbanan yang kita lakukan untuk menimba ilmu ini jika kita niatkan kerana Allah, pastinya akan dibalas dengan seribu kebaikan dan kemudahan daripada-Nya di masa hadapan. Ayuh kita sandarkan matlamat kita menyiapkan pengajian kita semuanya untuk mendapatkan keredhaan Illahi, nescaya dengan itu kita akan mendapat kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Bagi pihak MyPSA-WA,kami menjemput dengan takzimnya semua ahli persatuan dan Mawar untuk bersama-sama meraikan sambutan hari mulia ini dengan semangat Kekeluargaan Kita ke majlis yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh MyPSA-WA. Berikut adalah butiran program terbabit:

Tarikh: Ahad 29hb November 2009 bersamaan 12 Zulhijjah 1430 Hijrah
Jam: 11 pagi – 2 petang
Tempat: Thurling Green, UWA (Peta Lokasi)
Konsep: Hari Raya, Potluck & Picnic

Akhirnya, pihak MyPSA-WA mengucapkan sekali lagi Salam Eidul Adha buat semua dan semoga semua kita dapat bertemu dalam majlis yang akan diadakan pada hari ahad nanti, InsyaAllah. Ayuh dengan semangat Qurban, kita raikan sambutan ini dengan semangat ukhwah dan KEKELUARGAAN KITA.

Wassalam & Salam Perpadauan

"Kukuhkan MyPSA-WA Kita"

"Kukuhkan Kekeluargaan Kita"

Yang benar,
Ahmad Fareed Ismail
Presiden
MyPSA-WA sesi 2009/2010

Friday, October 30, 2009

Di jalan Sesat -M.Nasir

Apakah takdir mimpi ini,
Mendatang berulang kali,
Berdarah penuh di tangan,
Sedang tangan menongkat langit.

Apakah yang kuperjuangkan,
Apakah yang dipertahan,
Apakah aku mesti jadi pahlawan….

Oh! Tuhan…..
Tidaklah aku layak,
Untuk syurgamu……..
Namun aku tak berdaya,
Menahan panas nerakamu.

Curiga di mata orang,
Bagai mentari rembang,
Bagaikan aku berdosa….
Pada siapa saja…

Sedang Tuhan… dimana-mana,
Melihat semua dosa,
Dalam serata usia,
Walau ditelan Segitiga Bermuda,
Selalu ku mengulangi,
Dosa yang telah aku buang,
Diikuti kembali “Mengapa begini?”,
“Mengapa begini?”

Sedang Tuhan tahu sesiapa,
Untuk Neraka untuk Syurga,
Demi pengertian pada hukum alam,
Dan sesungguhnya aku cinta,
PadaMu Tuhan walaupun sesat jalan.

Thursday, October 22, 2009

Moga Selangor ku...aman sentosa!!

Sebenarnya sudah lama aku ingin mencoretkan gurindam untuk teman pemimpin daerah tetangga..orang besar Gombak Setia

Sebab mulut badan binasa...
sebab perilaku orang bertanya....
kenapa kita tergesa-gesa...
bercakap gagah seolah-olah kita terlupa..
apakah lupa kerana kami kamu di sana...
Kerana bukan pun orang Gombak Setia..
tetapi menjadi orang berkuasa, wakil tetangga daerah saya, wakil teman kami semua..
maka jangan bercakap tak ada mata...
seolah-olah kami sokong semuanya...
Islam mengajar tak pernah tergesa..
Islam mengajar baik semuanya...
Benar kamu ingin janji dikota...
tapi jangan kamu terlupa...
negeri Selangor majmuk belaka...
ambil lah tindakan dengan bijaksana...
kerana orang Selangor orangnya celik minda...
bahkan ramai lagi tokoh ulama di Gombak Setia, yang lebih cendia dan berkarisma,
mereka yang tahu citra rakyat jelata,
jangankan kerana kamu orang mula mengata...
jangankan kerana kamu orang mula menjauh entah kemana...
mana perginya kamu yang dahulu wahai memanda...
yang barcakap lunak dengan bijaksana...
berfikirlah dahulu sebelum ngobrol berkata...
jangan nanti kamu tak diterima oleh orang Gombak Setia!!!
Moga Selangor ku..aman sentosa!!

Saturday, October 17, 2009

Antara "Aku Hebat" atau "Aku Perasan Hebat" atau "Aku Biadap"

Aku cuba mententeramkan jiwa ku yang meronta kerana apa yang aku alami semalaman...satu kejadian, satu suasana, satu perangai yang seharus dan sewajarnya aku jadikan pengajaran untuk diriku yang maha kerdil ini....

Suasananya enteng...teman ku yg "lemah" ber-rekreasi, serba kurang dlm nuansa bersukan turun serta dalam arena bersenggang mingguan sesama teman-teman diperantauan...bagi aku, yang menjunjung budaya muhibbah, sukan untuk perpaduan, sukan untuk kesihatan, sukan untuk semua...makanya aku teramat gembira dengan kehadiran siapa sahaja...yang benar-benar hebat kita kagumi dan pelajari kehebatannya untuk mengangkat keupayaan kita... nah yang kurang hebat seharusnya kita dokong dan bantu, tuntuni bersama agar ada peningkatan...ialah ini yang sebetulnya...bahkan lagi kitakan bersenggang mingguan atas semangat kesukanan yang tinggi....dan suka-suka...

Tapi aku terkilan, tatkala melihat teman ku yg "lemah" ber-rekreasi ini diperlekehkan...kisahanya dengan kudrat Illahi, kami udah mau mula bermain di gelanggang, tetiba tidak cukup pula korumnya...tuntas cuma ada teman ku yang seorang lagi, "HEBAT" permainannya...(tetapi berdasarkan kata dirinya sendiri...hahahhaha) ku panggil-panggil2, ku seru-seru2, dibuatnya tuli untuk seketika (2-3kali), sehingga tinggi nada ku barulah bisa menjengah ke gelanggang, itupun setelah aku menukar posisi ku untuk bersama temanku yang "lemah" ber-rekreasi tadi...Bukan menuduh... tetapi aku mengerti, dari lenggok bahasa badan...semuanya barangkali kerana kekurangan pada temanku yang "lemah" ber-rekreasi itu, terus barangkali katanya tidak ada saingan, tidak tangkas, aduh permainan hina dan pertunjukan saja...ialah teman yang aku seru tadikan "HEBAT"....bisa aja memandang rendah pada yang lain?hmmmmmm

Cuma seikhlasnya, aku kira perilaku ini agak sukar untuk aku terima...ini bukan kali pertama benarnya, cuma kali ini aku terpanggil untuk mencoretkan nukilan mindaku..ialah untuk pengajaran diriku sama teman-teman yang membaca coretan ku ini...bagi seorang cendia, melewati rumah Illahi seacap mungkin...ialah udah "HEBAT" segala, tetapi kenapa mesti kita pamerkan tingkah sedemikian...tidakkah kita letakkan diri pada kedudukan temanku yang "lemah" ber-rekreasi itu...apa perasaannya, apa fikirnya....apa kita yang kununnya cendia ini tidak bisa empati sama teman kita sendiri?

Apakah tidak kita tidak pelajari kisahnya Nabi Musa tatkala katanya mengerti segala, nah Allah temukan sama Nabi Khaidir...yang dikurniakan Illahi ilmu firasat yang tidak ada pada Nabi Musa...untuk apa? untuk mengkhabarkan perlunya kita menghormati insan lain...ia benar kalau pun temanku yang "HEBAT" tadi benar-benar HEBAT, baguslah..bisa aku pelajari daripadanya...tapi apa perlunya bersikap demikian, bersikap sinis, bersikap memilih bulu segala....aku jadikan ini pengajaran bagiku...InsyaAllah, jauhi sikap diskriminasi, kerana aku tahu kita semuanya tidak sempurna...serba kekurangan...

Cumanya aku bertanya diriku sendiri, peristiwa yang bergulir diminda ini bisa digambarkan sebagai apa? Hmmmmm....barangkali: Antara "Aku Hebat" atau "Aku Perasan Hebat" atau "Aku Biadap"