Sunday, March 21, 2010

Dari Penjara Freo ke Penjara Pudu

Beberapa minggu yang lalu aku bersama sekalian temanku telah berkesempatan melawati Penjara Fremantle (Freo) di Western Australia. Pada mulanya, tatkala temanku yang datang bercuti di Perth dari tanahair-bilang mau melawat ke lokasi itu, aku agak sinis-apa yang ada mau dilawati ditapak bekas tahanan ini? Kerana aku punyai pengalaman melawati Penjara Pudu sekitar tahun 1998 yang lalu...Tetapi untuk menaikkan rasa keinginan aku, teman aku ini merencanakan agar kami mengikuti lawatan ke Penjara Freo ini di waktu malam juga dikenali sebagai Torchlight Tour, di malam Jumaat!!! Secara spontan aku sama teman yang lain terus bersetuju!!

Makanya kami pun bergegas membuat tempahan dan sebagainya...Selanjutnya, pabila malam Jumaat menjengah kami sudah memulakan perjalanan ke Freo sekitar 20-30 minit dari kawasan kami. Menjelang jam 9 malam kami sudah berada di muara gerbang masuk Penjara Freo...melihat batu-batuan hasil binaan Penjara ini agak mengagumkan kami...seperti memasuki istana tua Inggeris!! Kami memulakan ekpedisi sekitar jam 915 malam seramai 20 orang dalam kumpulan kami...kami diberikan ekplorasi sepertimana banduan mula-mula menjejakkan kaki ke tanah tahanan yang penuh misteri ini...kemudian menyusuri setiap blok dan kawasan, setiap inci kami jelajahi dalam gelita malam dengan hanya bertemankan "torchlight" yang dititipkan...

Apa yang menarik, sepanjang ekpedisi ini kami bukan sahaja diberikan penerangan oleh pemandu pelancong itu, tetapi juga disediakan pelbagai "kesan khas" yang menggerunkan sehingga ada yang terlompat, menjerit dan tak kurang juga yang terdiam...hahahhaha...Bahkan cara penyampaian informasi dipelbagaikan bukan sekadar oleh pemandu pelancong itu sendiri atau makluman yang digantung...tetapi juga oleh "role-play" dengan melakonkan kembali watak banduan yang diceritakan....aku amat kagum dengan kepelbagaian dan kekreativitian mereka untuk mendekatkan kami dengan sejarah tempat berpuaka ini.

Menyentuh soal sejarah...Penjara Freo ini digunakan sekitar 1850-an iaitu berbeda kira-kira 50tahun daripada pembinaan Penjara Pudu di Malaysia sekitar tahun 1895. Perbandingannya, Penjara Freo di tutup pada tahun 1991 sementara Penjara Pudu ditutup juga sekitar awal tahun 1990-an. Cuma Penjara Freo dibuka untuk umum sekitar tahun 2005 sehingga kini dan Penjara Pudu hanya dibuka sebagai muzium pada tahun 1998/1999 dan dijadikan lokasi tahanan pada tahun 2004 dan sekarang sudah tidak berpenghuni...Barangkali aku antara yang bertuah kerana punyai kesempatan melawat ke dua-dua lokasi berpuaka ini...

Apa yang aku terfikir selepas melawati Penjara Freo ialah kenapa dan mengapakah Penjara Pudu tidak diteruskan dengan aktiviti perlancongannya?? Dan apakah keadaannya sekarang di Penjara Pudu itu??? Bagai pucuk dicita ulam mendatang....sehari selepas lawatan aku ke Penjara Freo, aku terpaksa bergegas pulang ke Malaysia untuk sehari dua...ditakdirkan Illahi bagai memberikan jawapan kepada aku....aku digerakkanNya untuk menggunakan pengangkutan awam atau Monorel spesifiknya...lantas!!! aku mengalir air mata kecil melihat Penjara Pudu!!! kerana apa??? Kerana sudah tidak berpenghuni!! Kerana dibiarkan terbengkalai sedemikian rupa!! Kerana pihak berkenaan tidak gah pada nilai SEJARAH!!! KERANA AKU MELIHAT DIDALAM PENJARA PUDU SUDAH DINODAI!!! TANAH2 DIDALAM KAWASANNYA DIGALI DAN APA AJA OPERASINYA TIDAK AKU KETAHUI....CUMA AKU SEDIH dan MALU!!!

Soalku, kenapa di suatu sudut dunia, dijaga dan dipulihara tempat bersejarah mereka...tetapi kita yang berdekah-dekah melaungkan kita orang timur lebih beretika dan berbudi bahasa dan sebagainya...tetapi kita yang melacuri satu monumen bersejarah dibumi merdeka!! Ini konklusiku setelah berekpedisi dari Penjara Freo ke Penjara Pudu!!

1 comment:

  1. sebab tu dark tourism tak gah di malaysia padahal kita juga punya potensi untuk itu....

    www.duniasaya2001.blogspot.com

    ReplyDelete