Anak kelahiran Kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan ini telah diputerakan sebagai anakanda ketiga daripada pasangan Ismail Taib dan Gawi Ahmad. Keluarganya dihormati dan dikenali di seluruh pekan Kota (sebut koto...dialek nogori) kerana beliau adalah daripada suku Biduanda, suku pemerintah di Negeri Sembilan. Ayahandanya Ismail Taib adalah tukang jahit tersohor (yang diwarisi Atuk Sumanku sebagai Tukang Jahit juga selepas pencen) di pekan kota, Rembau, sementara ibunya terkenal kerana susun galur keturunannya yang ramai memegang jawatan penting mengikut adat pepatih di Rembau itu sendiri. Ketiga-tiga adik beradik Atuk Sumanku adalah lelaki (sama macam adik beradik aku juga) dan dinamakan sempena nama Khulafa Ar-Rasyidin..abg sulungnya bernama Abu Bakar, abg ngahnya bernama Umar dan atukku dinamakan Othman.
Membesar dalam suasana keluarga yang menitikberatkan nilai agama dan akhlak terpuji...Atuk Sumanku sering mendampingi tok guru- tok guru kampung dan para ulama sekitar negeri sembilan termasuklah Almarhum As-Sheikh Hj Ahmad Bin Hj Muhamad Said, Mufti Pertama Negeri Sembilan (adalah diberitakan kerana menghormati Almarhum keluarga Atuk Sumanku, Mufti Pertama Negeri Sembilan ini telah mengimamkan sendiri solat jenazah moyangku Ismail Taib ketika beliau meninggal dunia). Secara jujur aku nyatakan Atuk Sumanku adalah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, mengamalkan Tarekat Ahmadiyah dan ilmu tasawuf. Aku seringkali bertukar-tukar fikiran dengannya dalam soal agama. Bahkan aku selalu meluangkan masa bersamanya untuk mendalami ilmu-ilmu agama dan amalan-amalan tertentu yang terbuku dalam dirinya. Dia selalu berpesan:
"ilmu tuh kono carik, kau kono tanyo...takdo ilmu tu datang macam tu yo...kok kau nak tau konolah banyak tanyo"
Aku sering menunaikan solat Jumaat bersamanya di Masjid As-Sobirin Lembah Keramat dan selepas solat selalu sahaja makan tengahari dengannya samada dirumahnya atau di "Gerai Biru". Antara yang aku masih ingat Atuk Sumanku pernah cakap
"kito nie kok nak tahu khusyuk ko tak dalam solat tuh, kok ekau buleh bilo baco fatihah tuh toruih terjomah eh, ekau tahu apo maksud fatihah tuh, ha itu kiro ekau dah buleh la mulo khusyuk...tapi kok baco fatihah tuh baco yo..maksud tak tahu baik tak usah la"....
Tapi aku sedih, Atuk Sumanku begitu ghairah nak pergi menunaikan haji, siap dah pergi kursus haji di Masjid As-Sobirin sekitar tahun 2002-2003...tapi hajatnya tak kesampaian...mungkin lepas nie buleh la anak-anak & cucu cicit kumpul duit dan upah buat haji untuknya...kesian Atuk Sumanku
Selain ilmu agama, Atuk Sumanku seorang yang bijak dan cerdas dalam belajarnya sejak usia mudanya...Sifat suka membaca tertanam kental didalam dirinya yang dapat terus dilihat sehingga akhir usianya. Segala macam bacaan dicarinya sehingga usia awal 70-an. Atuk Sumanku juga seorang yang sangat fasih berbahasa Inggeris, ialah beliau bekerja bersama British di Port Swettenham/Port Klang pada awal berhijrah ke Lembah Klang dan menghabiskan kerjayanya sebagai Chief Clerk di KEMENTAH. Sampaikan ade teman-temanku kagum tengok Atuk Sumanku masih membaca New Straits Times pada usia 70-an...kagumkan Fendi!! Itu belum tengok kehebatan Atuk Sumanku bermain Chess...ayah aku pun terkincit dibuatnye...hahahaha...
Ketika mudanya, Atuk Sumanku pernah mengajar di sekolah Kota, Rembau. Beliau juga pernah ketika pendudukan Jepun diminta untuk mengajar penduduk setempat berbahasa jepun. Aku masih ingat ketika dalam tahun 2003, aku ditugaskan sebagai fasilitator pengiring kepada pelajar dari Kobe, Jepun ke UPM. Ketika itu aku telah mengikuti kursus singkat untuk mempelajari ucapan asas dalam bahasa Jepun untuk memudahkan komunikasi...lantas aku cuba sebutkan didepan Atuk Sumanku....punyolah dio golak!! Katanye
" Idgham & dongung kau tak boto tu...kono sobut ano-ano..soka soka seket, barulah boto jopon"
haahhahaaha tergelak aku dengar die sebut, dah la muke Atuk Sumanku memang macam Jepun dan Makcik Bongsuku pun nama macam jepun Yashimah (hahahahha..tetibe acik...sorry).
Peribadi Atuk Sumanku adalah seorang yang sangat merendah diri, pendiam dan mudah tersenyum. Suka menyimpan masalah dan perasaan sedihnya hanya pada dirinya sendiri. Kekadang ramai juga yang mengutuk dan menghina die sebab terlalu rendah diri.Tetapi bagi aku itu adalah kehebatan Atuk Sumanku. Pelbagai dugaan telah dialaminya, hanya Allah yang tahu perasaan yang meruntun di jiwanya. Walaupun Atuk Sumanku seorang yang miskin hartanya, tetapi die tersangat kaya budi pekertinya. Kasih sayangnya sentiasa dapat aku rasakan, bahkan setiap kali berjalan dengan aku, sentiasa dia akan memegang erat tanganku,dipeluk lenganku, tak kira walau dimana jua. Selain itu hobi Atuk Sumanku juga adalah berbasikal, setiap petang atau pagi sabtu dia akan berbasikal ke rumah aku di AU4 (taman sebelah je)...Dan menjadi tugasan aku atau mak aku untuk menyediakan Teh Susu Kawwww, jika dia datang ke rumahku....petuanya "teh uncang tuh rendam kasik pekat betol2 baru tambah susu", pastu makan dengan roti letak planta dengan gula...atau kadang-kadang dengan jem & kaya...hahahahaha...tetapi semua ini hanya tinggal kenangan...sedari usianya 75 tahun, Atuk Sumanku sudah mulai kelihatan uzur dan sudah mula sekejap ingat dan sekejap lupa..sudah mulai agak lewat barangkali...
Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah pada bulan Ogos 2010 yang lalu ketika Eidil Fitry, tidak dapat aku pastikan sama ada Atuk Sumanku masih ingat akan diriku atau tidak...tetapi aku masih ingat 2 tahun yang lalu, sebelum aku berangkat ke Perth, ketika usianya 80 tahun...aku duduk disebelahnya...aku cuba ingatkan dia siapa aku, aku sebut kepada dia sambil mengusap tangannya...aku cakap:
Ingat laie tak ini dak ayeed...anak dak ana...kito kan selalu gi solat jumaat samo-samo, gi makan gerai biru samo-samo, tengok bola kek tv sambil minum teh samo-samo,atuk minum teh ayeed minum milo ngan horlicks..ingat laie tak nie..nie ayeed nak poie belajar kek australia nie, atuk doa-doakan lah ayeed yo...sekali die jawab sambil hanguk-hanguk kepalanya " uiiii jauh tuh australia...ingat la apo tak ingat pulak (mata die dah berair dah mase tuh..sambil die terhanguk-hanguk dan terus mengusap-usap tangan aku), eh ekau mudo laiekan...kulit ekau togang laie, badan sodap...eden nie ha tinggal kulit yo ha...tulang yo ha...lepas tuh die gelak-gelak kecilAku rase itulah perbualan terakhir die yang aku ingat...
Tengahari semalam (7 Jan, Jumaat) aku menerima BBM abang kedua aku...mengatakan Atuk Sumanku sudah tenat teramat sangat...Aku sedih tidak terhingga, kerana seminggu yang lalu aku mendengar luahan rasa mak aku akan keadaan Atuk Sumanku...Kak Bon, Fendi dan 2 orang lagi temanku menjadi tempat luahan spontan akan perasaan aku..Aku agak terkilan kerana berada dikejauhan...tetapi ini adalah ujian daripadaNya...sedari Asar aku tak putus mendoakannya sambil titisan air jernih membasahi pipiku..Alhamdulillah aku sempat juga mengajar Atuk Sumanku Kalimah Syahadah, tatkala aku menelefon mak ku sekitar jam 835 malam, aku minta mak aku letakkan telefon ditelinganya lantas aku bisikkan:
Atuk...ni ayeed nie...ayeed jauh tak dapat nak balik nak tengok atuk...ingat Allah yea atuk..ikut ayeed...LaailahaillAllah..Muhammadurrasulullah...aku ulangi 7 kali ditelinganya...terus mak aku kabarkan..atuk aku seperti mengikutinya....suaranya aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....dengan nada yg aku bisikkan...aku tersangat terharu tatkala mak aku kabarkan perkara ini.....
Dan tepat jam 1045 aku terdetik untuk menelefon abg sulungku...rupa-rupanya ketika itu juga abg ad aku beritakan:
Ayeed, kejap yea mak tengah "lepaskan" atuk nie...sekejap lepas itu, abg ad aku bersuara kembali, Ayeed atuk dah takde...Innalillahiwainnailahirajiuun
Aku letakkan telefon dan berkata sendiri...Perginya Atuk Sumanku....Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment