Wednesday, March 30, 2011

Response & Pertanyaan/Clarification Isu Poco-Poco dalam Komuniti MyPSA Perth

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Pertamanya maafkan saya atas kekhilafan dan kedangkalan ilmu saya...berhubung perkara ini, saya tidaklah berniat untuk memanjangkan perbincangan...cuma sedikit pandangan daripada saya yg kerdil ini berkaitan surat yg saudara kemukakan. Bukanlah saya berniat untuk meragui kesahihan surat terbabit tetapi ada beberapa perkara yang WAJIB kita perhatikan dan ambil maklum, sebelum membuat sebarang konklusi. Saya berpendapat adalah lebih wajar sekiranya kita menyelidik dahulu sesuatu maklumat/surat dan menyediakan semua maklumat sokongan disebaliknya sebelum kita membuat makluman kepada ahli. Ini kerana ia akan hanya menambahkan kekeliruan & kemusykilan dikalangan kita. Saya mengemukakan pandangan atas dasar apakah itu fatwa atau pandangan atau persetujuan dalam mesyuarat Jawatakuasa Fatwa Negeri dan saya berpandukan kepada "details" yang dikemukakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.


1. Merujuk kepada surat yg saudara kemukakan, ianya adalah surat maklum balas daripada Sahibussamahah Dato' Mufti negeri Perak kepada Pengerusi PKIMB Perak. Ingin saya nyatakan disini ini ianya bukanlah surat pewartaan rasmi oleh Jbtn mufti negeri. Bahkan disebut oleh al Fadhil Dato' Mufti dihujung ayatnya.."akan diwartakan" dan belum diwartakan pada tarikh surat tersebut. Mengikut Perkara 3 dalam Peruntukan Mengenai Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan jelas menyebut:

"Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai  fatwa
jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum  Syarak;"


Justeru jika ada Warta rasmi, maka warta rasmi inilah yang sepatutnya dikongsi bersama-sama seluruh ahli dan bukan surat maklum balas hasil perbincangan Jawatankuasa Fatwa Negeri. Ini kerana didalam warta ini akan dihujahkan semua sebab secara terperinci  bersama dengan bukti untuk makluman semua pihak dan dalam email terdahulu surat maklum balas itu, hanya menyatakan sebab yg tidak diperincikan...Ini saya yakin akan mengundang 1001 persoalan dan "kita yang berilmu" ini tidak patut membiarkan orang yang jahil seperti saya terkapai-kapai tak tau mane nak tuju. Sekiranya kita pun tak tahu, lebih baik kita diam dan tak timbulkan kekeliruan dalam masyarakat-ini pandangan saya, maaf jika agak kasar.

2. Berhubung Jawatankuasa Fatwa Negeri/MKI pula, dengan jelas disebut oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa" keputusan/pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang" -soalan saya jika belum lagi jatuh hukum fatwa apakah rasionalnya kita membincangkan perkara ini? Bukankah akan mengundang kekeliruan lagi sebab kita pun tak jelas lagi?


3. Seperkara lagi, oleh kerana ini adalah makluman (sekiranya belum ada Warta Kerajaan maka belum Fatwa lagi) oleh Sahibussamah Dato' Mufti negeri Perak dan bukannya Majlis Fatwa Kebangsaan, maka saya mohon penjelasan akan rasionalnya untuk di "generalize" kepada semua umat Islam di malaysia dan sampai ke Perth? Saya bertanyakan ini kerana jelas disebut oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dibawah Peruntukan Mengenai Fatwa Perkara 4 dan Perkara 5:
  1. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
     
  2. Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu
Saya tidak bermaksud untuk memperlekehkan perkara ini (mungkin akan ada yg cakap, alah die memang suke berpoco-poco-salah tuh saya tahu berpoco-poco tapi bukan hobi yea), tetapi saya menulis untuk mendapatkan penjelasan mengikut peruntukan hukum syarak dan undang2 sebenar. Contohnya, Sahibusamah Dato' Mufti yang sama telah mengemukakan "pandangan" (bukan fatwa bahwa)-tapi ada yang kata difatwakan; bahawa Sure Heboh TV3 itu haram tetapi kenapa masih diteruskan dan ramai pulak yang datang di seluruh malaysia..apakah kerana tidak diwartakan? atau tiada hujah konkrit untuk mendasari hukum ini? itu saya tidak pasti...Wallahu'Alam...mungkin perlu penjelasan daripada sesiapa yang lebih arif. Maka saya kira kita harus teliti bila mahu menyatakan sesuatu itu fatwa atau tidak...jika silap tolong betulkan yea...

Isunya, apabila kita menulis maka beban menjelaskan adalah terletak kepada bahu kita...saya khuatir isu ini dimaklumkan kepada ahli kerana ada ahli lain yang sebut dikedai kopi berdasarkan kepada surat makluman ini-sila lihat email pertama Sdr Nazri. Jika benar, maka silakan ianya  perlu ada penjelasan. Isunya bukan minta ahli dan seluruh yang membaca email ini bertaubat dan sebagainya-itu sudah menjadi tuntutan agama untuk bertaubat setiap masa, bukan hanya dalam isu "poco-poco" ini. Tetapi perlu ada penjelasan terperinci, sahih dan disertakan bukti-buktinya jika mahu disebut dan dimaklumkan dalam community ini.
Saya sekadar berkongsi pandangan..alhamdulillah Sdr. Nazri mengingatkan kita dengan doa tersebut tetapi bagi saya jika dah sebut isu ini maka kita harus jelaskan, kita tidak boleh mengaburinya dengan doa untuk penyatuan ummah...Sekiranya kita sendiripun tak jelas maka lebih baik awal-awal lagi kita jangan sebut untuk elakkan kekeliruan. Bak kata Saidina Ali Karamullahuwajha:
"no abstinence is better than to restrain one's mind from doubts (about religion)"

Saya sekadar berkongsi, jika ada yang saya sebut ini silap, itu kerana kekhilafan dan kejahilan saya, mohon maaf kepada semua. Kalau benar saya tersilap dan jahil, harap yang cerdik dan berilmu tolong perbetulkan. Bak kata cendia " jangan salahkan orang bodoh kerana dia bodoh, tetapi salahkan orang pandai kerana tidak mengajar orang yang bodoh".

Wallahua'lam.
Fareed Ismail

Rujukan saya: http://www.e-fatwa.gov.my/apa-itu-fatwa
p/s: Jabatan Mufti Perak x boleh access sebab byk gile virus...ternak agaknye =

Thursday, March 17, 2011

Semangat Mahasiswa...Kenapa perlu di "dua"kan?

Lanjutan membaca susana hangat politik kampus di tanahair, aku terpanggil untuk mencoretkan nukilan dalam "kapan aku berbicara.."

Kira-kira sudah 8 tahun aku meninggalkan dunia & semangat mahasiswaku....bermula dari bumi Kulim-Bandar Bharu aku menongkah terus ke bumi Serdang melanjutkan citra mudaku...mungkin ada yang katakan Semangat Mahasiswa ketika eraku tidaklah seperti era 60-an atau 70-an, namun aku berbangga dengan eraku sendiri...biarpun ada yang mengatakan "ahhhh mahasiswa zaman kau, mahasiswa bisu!!! Tak berani suarakan pendapat!! Kaki jilat!", namun aku sergah kembali suara-suara dongengan ini dengan bisikan halus "kita mesti pandai, jangan terburu nafsu!!"

Kenapa aku katakan "kita mesti pandai"? Dalam suasana yang dipagari dengan AUKU yang membungkam jiwa muda yang penuh idealis-sudah pastinya kita harus bijaksana memainkan peranan untuk melestarikan Semangat Mahasiswa. Aku masih ingat pada eraku,tatkala 2 kumpulan besar sibuk merencana agenda menguasai pemerintahan kampus, mahasiswa terbanyak diabaikan kebajikan mereka. Ghairah memastikan kumpulan mereka "berkuasa" baik yang kiri" ataupun yang "kanan" isu "kemahasiswaan" terlupa untuk dinobatkan...tatkala ini, timbul segerombalan lagi mahasiswa dikepalai oleh "Chief Khadam-Chief Khadam" Kolej Kediaman di seantero kampus, berjumpa saban malam dan saban minggu bagi mengumpul daya, membina kesefahaman dan mencerna agenda untuk membina badai atas Semangat Mahasiswa untuk kebajikan mahasiswa. Tetapi kami semuanya tuntas akan keperluan berdiplomasi, berbincang dengan Penguasa Kampus bukan sebaliknya...meskipun suara kami keras tetapi kami yakin diplomasi masih menjadi tunggak segalanya-inilah "kita mesti pandai" yang berjaya menangguhkan keputusan terburu-buru Penguasa Kampus dalam beberapa kronologi..bahkan kerana "kita mesti pandai" juga menyebabkan representasi mahasiswa seluruhnya buat julung kalinya dijemput bersua muka dan berbicara terus dengan Penguasa Kampus. Bahkan sehingga tertubuhnya Kelab Perpaduan pertama di Institusi Pengajian Tinggi di tanahair tercinta..Nah mana logiknya mengatakan mahasiswa eraku bisu seribu bahasa?

Gerombolan "Chief Khadam" ini semuanya berbekalkan kepada satu tekad, kalau yang berkuasa sibuk mengejar kuasa, biarkan kami yang menongkah arus menjuarai isu mahasiswa..aku dan teman-teman berpegang kepada hakikat bahawa mahasiswa harus dibenarkan berfikir secara bebas dan tidak dipesongkan samaada ke"kiri" atau ke "kanan"...mahasiswa itu tidak harus digari dengan "kau mesti sokong kiterang, jangan sokong diorang", tetapi biarkan mahasiswa itu duduk di tengah-tengah menjadi "seneutral" mungkin merenung dan menilik siapa yang benar atau sebaliknya...mahasiswa harus dididik untuk katakan benar kepada yang benar, dan salah kepada perkara yang salah..biarkan jiwa idealis mereka berkembang tetapi dengan bimbingan bukan dengan paksaan.

Jujur aku yakin masih ramai mahasiswa samada yang dulu atau yang sekarang, samada yang "kiri" atau yang "kanan"-yang masih tidak tahu apa itu AUKU-cuma berkokok-kokok mengatakan kita sokong atau kita bantah..bagi aku itu mungkin isu yang berbeda tetapi oleh kerana mahasiswa bermain dalam nuansa yang undang-undang itu sudah ada, makanya kita harus menerimanya tetapi bijak menongkahnya. Bagi aku jika itu udah menjadi Undang-Undang negara, makanya harus kita patuhi dengan semangat RUKUNEGARA-KELUHURAN PERLEMBAGAAN & KEDAULATAN UNDANG-UNDANG. Soalku, kenapa perlu di "dua"kan?

Aku pelik bin ajaib, baik yang "kiri" atau yang "kanan" sama saja tidak memenuhi keperluan akta ini..sebagai contoh, penglibatan mahasiswa dalam politik kepartian-ingat!! aku katakan terdahulu dalam nukilan ini; mahasiswa harus bebas daripada mana-mana anasir- dan ini ditegakkan di dalam AUKU. Apa cacatnya disini? Asalkan mahasiswa itu dibenarkan menyatakan Semangat Mahasiswanya..Tetapi kedengkelan minda kita baik yang "kiri" atau yang "kanan" lantas terus menerus menobrak dan memamah hancur keperluan ini. Yang "kanan" buat, maka yang "kiri" berkata "eh derang buat so kiterang pun buat la"...tak kah kedua-duanya "sirun dan sengal"-ambil kata temanku dari Sg Buluh. Yang lagi ajaib tatkala kalau yang "kanan" punya rencana di kampus maka dihalalkan, tetapi kalau yang "kiri" maka diharamkan-sedangkan dua-dua pun sama merobek keperluan undang-undang ini..soal ku kenapa perlu di "dua"kan?

Nah inilah bagi aku Semangat Mahasiswa yang sebenarnya...semangat yang tidak dibelenggu oleh sesiapa tetapi atas pertimbangan akal budi rentetan menginsafi nuansa sekeliling...sekarang aku berada di perantauan melihat bagaimana mahasiswa di kampus di sini dibenarkan mau fikir apa sahaja...mau sokong siapa sahaja...sekali lagi atas dasar biarkan mereka berfikir dan membuat pilihan mereka sendiri dengan bimbingan-cuma rencah tambahan bagi kita yang Muslim, apa sahaja bisa difikirkan atau dipilih asalkan ditunjangi tuntutan agama Islam tercinta...

Sedang aku kagum meraikan kebebasan mahasiswa di perantauan ini, aku sekali lagi musykil..menginsafi yang aku dibesarkan dengan nuansa kampus tempatan di tanahair tercinta, dengan kekangan oleh Penguasa Kampus dan juga kesetiaanku kepada KEDAULATAN UNDANG-UNDANG-AUKU khususnya dalam konteks bicaraku kali ini...tetiba aku terjeling kepada sebuah kelab Malaysia yang diwujudkan di luar negara...aku benar-benar musykil:
  • bagaimana mungkin mahasiswa Malaysia diizinkan untuk menyertainya?
  • kenapa dibiarkan mahasiswa Malaysia yang mengetuainya-sedangkan tidak ada dalam perlembagaannya harus dipimpin oleh mahasiswa?
  • Apa istimewa sangatkah mahasiswa Malaysia yang menuntut di luar negara berbanding dengan mahasiswa yang menuntut dan mengembangkan universiti di tanahair? 
  • Apa kebalkah mahasiswa ini daripada AUKU sedangkan mereka juga rakyat bertuah tanahair tercinta?
  • Atau hina sangatkah mahasiswa yang menuntut di tanahair kerana itu mereka harus terus dibungkamkan?
  • kenapa di tanahair mahasiswa tidak dibenarkan menzahirkan atau terlibat dengan mana-mana semangat kepartian, tetapi sebaliknya tatkala berada di luar negara?
  • Kenapa tidak biarkan sahaja mahasiswa ini menyumbang keringat, membantu taulan melalui pertubuhan yang diabsahkan oleh pentadbir tanahair?
Soalku mana prinsip kita? prinsip ku jelas, Semangat Mahasiswa harus didasari dengan sifat "keneutralan", tidak kepartian-sebahagian daripada apa yang terkandung dalam AUKU-ditambahi dengan kebebasan untuk mahasiswa bersuara dan menrencana idea mereka. Sekali lagi kutanyakan, mana prinsip kita? Jika kita mau menyantuni kebebasan mahasiswa dari kepartian, maka tidak kira siapa baik yang "kiri" atau yang "kanan" , baik di tanahair atau di luar negara maka semuanya harus dipaksikan kepada prinsip yang serupa. Renungkan, Semangat Mahasiswa..kenapa perlu di "dua"kan?

Perginya Atuk Sumanku...

Atuk Suman....itulah panggilan yang mungkin akan aku terus rindui selepas ini...Izinkan aku menukilkan apa yang aku tahu tentang hal Atuk Sumanku yang telah kembali ke rahmatullah sebentar saja tadi.Aku menukilkan coretan ini lantaran mengubatkan rindu dan mengeringkan tinta mata yang tidak berhenti bergelora..

Anak kelahiran Kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan ini telah diputerakan sebagai anakanda ketiga daripada pasangan Ismail Taib dan Gawi Ahmad. Keluarganya dihormati dan dikenali di seluruh pekan Kota (sebut koto...dialek nogori) kerana beliau adalah daripada suku Biduanda, suku pemerintah di Negeri Sembilan. Ayahandanya Ismail Taib adalah tukang jahit tersohor (yang diwarisi Atuk Sumanku sebagai Tukang Jahit juga selepas pencen) di pekan kota, Rembau, sementara ibunya terkenal kerana susun galur keturunannya yang ramai memegang jawatan penting mengikut adat pepatih di Rembau itu sendiri. Ketiga-tiga adik beradik Atuk Sumanku adalah lelaki (sama macam adik beradik aku juga) dan dinamakan sempena nama Khulafa Ar-Rasyidin..abg sulungnya bernama Abu Bakar, abg ngahnya bernama Umar dan atukku dinamakan Othman.

Membesar dalam suasana keluarga yang menitikberatkan nilai agama dan akhlak terpuji...Atuk Sumanku sering mendampingi tok guru- tok guru kampung dan para ulama sekitar negeri sembilan termasuklah Almarhum As-Sheikh Hj Ahmad Bin Hj Muhamad Said, Mufti Pertama Negeri Sembilan (adalah diberitakan kerana menghormati Almarhum keluarga Atuk Sumanku, Mufti Pertama Negeri Sembilan ini telah mengimamkan sendiri solat jenazah moyangku Ismail Taib ketika beliau meninggal dunia). Secara jujur aku nyatakan Atuk Sumanku adalah seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, mengamalkan Tarekat Ahmadiyah dan ilmu tasawuf. Aku seringkali bertukar-tukar fikiran dengannya dalam soal agama. Bahkan aku selalu meluangkan masa bersamanya untuk mendalami ilmu-ilmu agama dan amalan-amalan tertentu yang terbuku dalam dirinya. Dia selalu berpesan:

"ilmu tuh kono carik, kau kono tanyo...takdo ilmu tu datang macam tu yo...kok kau nak tau konolah banyak tanyo"

Aku sering menunaikan solat Jumaat bersamanya di Masjid As-Sobirin Lembah Keramat dan selepas solat selalu sahaja makan tengahari dengannya samada dirumahnya atau di "Gerai Biru". Antara yang aku masih ingat Atuk Sumanku pernah cakap

"kito nie kok nak tahu khusyuk ko tak dalam solat tuh, kok ekau buleh bilo baco fatihah tuh toruih terjomah eh, ekau tahu apo maksud fatihah tuh, ha itu kiro ekau dah buleh la mulo khusyuk...tapi kok baco fatihah tuh baco yo..maksud tak tahu baik tak usah la"....

Tapi aku sedih, Atuk Sumanku begitu ghairah nak pergi menunaikan haji, siap dah pergi kursus haji di Masjid As-Sobirin sekitar tahun 2002-2003...tapi hajatnya tak kesampaian...mungkin lepas nie buleh la anak-anak & cucu cicit kumpul duit dan upah buat haji untuknya...kesian Atuk Sumanku

Selain ilmu agama, Atuk Sumanku seorang yang bijak dan cerdas dalam belajarnya sejak usia mudanya...Sifat suka membaca tertanam kental didalam dirinya yang dapat terus dilihat sehingga akhir usianya. Segala macam bacaan dicarinya sehingga usia awal 70-an. Atuk Sumanku juga seorang yang sangat fasih berbahasa Inggeris, ialah beliau bekerja bersama British di Port Swettenham/Port Klang pada awal berhijrah ke Lembah Klang dan menghabiskan kerjayanya sebagai Chief Clerk di KEMENTAH. Sampaikan ade teman-temanku kagum tengok Atuk Sumanku masih membaca New Straits Times pada usia 70-an...kagumkan Fendi!! Itu belum tengok kehebatan Atuk Sumanku bermain Chess...ayah aku pun terkincit dibuatnye...hahahaha...

Ketika mudanya, Atuk Sumanku pernah mengajar di sekolah Kota, Rembau. Beliau juga pernah ketika pendudukan Jepun diminta untuk mengajar penduduk setempat berbahasa jepun. Aku masih ingat ketika dalam tahun 2003, aku ditugaskan sebagai fasilitator pengiring kepada pelajar dari Kobe, Jepun ke UPM. Ketika itu aku telah mengikuti kursus singkat untuk mempelajari ucapan asas dalam bahasa Jepun untuk memudahkan komunikasi...lantas aku cuba sebutkan didepan Atuk Sumanku....punyolah dio golak!! Katanye

" Idgham & dongung kau tak boto tu...kono sobut ano-ano..soka soka seket, barulah boto jopon"


haahhahaaha tergelak aku dengar die sebut, dah la muke Atuk Sumanku memang macam Jepun dan Makcik Bongsuku pun nama macam jepun Yashimah (hahahahha..tetibe acik...sorry).

Peribadi Atuk Sumanku adalah seorang yang sangat merendah diri, pendiam dan mudah tersenyum. Suka menyimpan masalah dan perasaan sedihnya hanya pada dirinya sendiri. Kekadang ramai juga yang mengutuk dan menghina die sebab terlalu rendah diri.Tetapi bagi aku itu adalah kehebatan Atuk Sumanku. Pelbagai dugaan telah dialaminya, hanya Allah yang tahu perasaan yang meruntun di jiwanya. Walaupun Atuk Sumanku seorang yang miskin hartanya, tetapi die tersangat kaya budi pekertinya. Kasih sayangnya sentiasa dapat aku rasakan, bahkan setiap kali berjalan dengan aku, sentiasa dia akan memegang erat tanganku,dipeluk lenganku, tak kira walau dimana jua. Selain itu hobi Atuk Sumanku juga adalah berbasikal, setiap petang atau pagi sabtu dia akan berbasikal ke rumah aku di AU4 (taman sebelah je)...Dan menjadi tugasan aku atau mak aku untuk menyediakan Teh Susu Kawwww, jika dia datang ke rumahku....petuanya "teh uncang tuh rendam kasik pekat betol2 baru tambah susu", pastu makan dengan roti letak planta dengan gula...atau kadang-kadang dengan jem & kaya...hahahahaha...tetapi semua ini hanya tinggal kenangan...sedari usianya 75 tahun, Atuk Sumanku sudah mulai kelihatan uzur dan sudah mula sekejap ingat dan sekejap lupa..sudah mulai agak lewat barangkali...

Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah pada bulan Ogos 2010 yang lalu ketika Eidil Fitry, tidak dapat aku pastikan sama ada Atuk Sumanku masih ingat akan diriku atau tidak...tetapi aku masih ingat 2 tahun yang lalu, sebelum aku berangkat ke Perth, ketika usianya 80 tahun...aku duduk disebelahnya...aku cuba ingatkan dia siapa aku, aku sebut kepada dia sambil mengusap tangannya...aku cakap:

Ingat laie tak ini dak ayeed...anak dak ana...kito kan selalu gi solat jumaat samo-samo, gi makan gerai biru samo-samo, tengok bola kek tv sambil minum teh samo-samo,atuk minum teh ayeed minum milo ngan horlicks..ingat laie tak nie..nie ayeed nak poie belajar kek australia nie, atuk doa-doakan lah ayeed yo...sekali die jawab sambil hanguk-hanguk kepalanya " uiiii jauh tuh australia...ingat la apo tak ingat pulak (mata die dah berair dah mase tuh..sambil die terhanguk-hanguk dan terus mengusap-usap tangan aku), eh ekau mudo laiekan...kulit ekau togang laie, badan sodap...eden nie ha tinggal kulit yo ha...tulang yo ha...lepas tuh die gelak-gelak kecil

Aku rase itulah perbualan terakhir die yang aku ingat...

Tengahari semalam (7 Jan, Jumaat) aku menerima BBM abang kedua aku...mengatakan Atuk Sumanku sudah tenat teramat sangat...Aku sedih tidak terhingga, kerana seminggu yang lalu aku mendengar luahan rasa mak aku akan keadaan Atuk Sumanku...Kak Bon, Fendi dan 2 orang lagi temanku menjadi tempat luahan spontan akan perasaan aku..Aku agak terkilan kerana berada dikejauhan...tetapi ini adalah ujian daripadaNya...sedari Asar aku tak putus mendoakannya sambil titisan air jernih membasahi pipiku..Alhamdulillah aku sempat juga mengajar Atuk Sumanku Kalimah Syahadah, tatkala aku menelefon mak ku sekitar jam 835 malam, aku minta mak aku letakkan telefon ditelinganya lantas aku bisikkan:

Atuk...ni ayeed nie...ayeed jauh tak dapat nak balik nak tengok atuk...ingat Allah yea atuk..ikut ayeed...LaailahaillAllah..Muhammadurrasulullah...aku ulangi 7 kali ditelinganya...terus mak aku kabarkan..atuk aku seperti mengikutinya....suaranya aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....dengan nada yg aku bisikkan...aku tersangat terharu tatkala mak aku kabarkan perkara ini.....

Dan tepat jam 1045 aku terdetik untuk menelefon abg sulungku...rupa-rupanya ketika itu juga abg ad aku beritakan:

Ayeed, kejap yea mak tengah "lepaskan" atuk nie...sekejap lepas itu, abg ad aku bersuara kembali, Ayeed atuk dah takde...Innalillahiwainnailahirajiuun

Aku letakkan telefon dan berkata sendiri...Perginya Atuk Sumanku....Al-Fatihah

Saturday, May 8, 2010

Engkau dan Aku Satu

Di malam hening aku terleka
melayari kembara seusiaku,
yang kekadang aku terlupa
betapa intimnya kita berdua

Apa tidaknya?
Sembilan purnama lebih,
Kita benarnya satu...
atau realitinya
aku menumpang dirimu...
aku menjamah makananmu...
aku bernafas dengan nafasmu...
aku ke mana saja denganmu...
Bahkan sedari itu aku sudah membebanimu...

Usai itu,
kaulah jua yang mendidikku,
kaulah jua yang menjadi idola ku,
tak bisa aku ngerti Alif...Ba...Ta...jika bukan karanamu,
tak bisa aku ngerti solat lima waktu..jika bukan karanamu,
tak bisa aku ngerti berkata-kata...jika bukan karanamu,
tak bisa aku ngerti dosa pahala..juga jika bukan karanamu.

Namun aku hanya insan biasa,
bukan yang mengaku maksum kerana tuntutan dunia,
aku manusia yang lumrahnya pelupa dan bernoda,
kekadang ada aja tertinggi kata
terlajak adab dari yang sewajarnya

Saban hari, saban ketika, saban usia,
keampunan dan keredaan mu juga yang aku pinta
kerana aku insafi, bahawa syurga itu terletak di telapak kakimu
Cuma yang aku mahu kau tahu
Biar sederas mana tingkahku dan bicaraku
Biar usiaku mengejar waktu
Biar setinggi mana ilmuku
Aku tetap mencintaimu wahai EMAKKU
Aku tetap menynajungi jasa dan pengorbananmu wahai EMAKKU
Dirimu dan Diriku tetap satu dihatiku
Wahai EMAKKU


Nukilan,
Fareed Ismail
Perth, Australia
10.42 mlm...8 Mei 2010/24 Jamadil Awal 1431H

Sunday, May 2, 2010

Selamat Ulangtahun ke-61 Ayahanda Tercinta….(reposting..)

Tanggal 2 Mei 1949…bertempat di Kampung Pulau Sebang, Tampin, Negeri Sembilan (ini bukan lagu J.Sham Pop Yeah Yeah k..hahahha)…telah lahir seorang anak lelaki kedua kepada Mamat dan Sokyah (eddy n safzan jgn gelak…) cucu kepada Hjh Maryam (aji yam pulau) di “baruh” dan cucu kepada Hj Yassin dan Hjh Fatimah “darek” @darat…..anak lelaki ini kemudiannya dinamakan sebagai Ismail, tapi makin bosar dikenali sebagai “N” (sebabnya sampai arinie aku pun tak tahu)….kalau sebut je “N” kat pulau sobang tuh takde yang tak kenal la…cucu ji yam katenye…

Dibesarkan dlm suasana kampung…semue keje dibuatnya…mana ceruk tak diterokainya…aku masih ingat “N” cerita padaku ekpedisinya mencari labah-labah kat “montang” semata-mata nak buat lawan..tapi tak pulak die cerite die menang ke kalah….menang agaknya (tahazzun..sangka baik kan..) hahahahahah…tapi pengalaman “N” cukup banyak sebelum dia dibawa ke Kuala Lumpur untuk dibesarkan bersama ayahanda dan bondanya…

Sekadar berkongsi akan keglamouran si “N” sama kalian…yang cukup membanggakan aku, masa aku di Darjah Enam, tahun 1992, aku naik teksi untuk ke sekolah Taman Melawati untuk main hoki, borak2 la dengan pakcik teksi, sekali rupanya “wareh” @ waris orang Tampin juga…acik teksi ni sekitar umur 40-an…terus aku cerita yang ayah aku nama Mail asal dari pulau duduk umah kat simpang pulau…sekali acik nie terus sambut cerita aku…katanya “cucu aji yam? dak N ko?” Perghhhhhhhhhhhh..lagend dowh si “N” nie….itu belum lagi aku balik kampung sekitar tahun awal tahun 2000 kerana kematian moyang aku…sekali ada org tua naik motor lalu depan aku dan si “N” sekali acik tuo nie patah balik 2-3 kali…sekali dari jauh dia jerit “Ekau dak N yo!!!” terus turun motor dan peluk si “N”..rupanya kawan darjah 2 si N…Pergh glamour doh…..N the Legend…hahhahaha


Itu hanya sekelumit kisah si “N” yang bisa aku kongsi…tapi banyak lagi kisahnya yang bisa aku coretkan..cuma nanti jadi laman web “N” plak kan…cumanya insan bergelar “N” ini cukup bermakna dalam hidupku..dia lah segalanya…baik buruk dia tetap ayahanda aku….nah ayahanda sempena tanggal keramat 2 Mei ini…izinkan anakanda ucapkan:

Selamat Ulangtahun Ayahanda Tercinta….

Saturday, April 17, 2010

WARKAH TERAKHIR PRESIDEN MYPSA WA SESI 2009/2010

Assalamualaikum & Salam Muhibbah

Teman-teman MyPSA WA sekalian,

Tanggal 17 April 2010 bersamaan 4 Jamadil Awal 1431H bakal menyinsing esok hari menandakan genaplah tempoh pentadbiran Saf Pimpinan MyPSA WA bagi sesi 2009/2010. Pelbagai coretan kenangan yang dinukilkan samaada suka atau duka sepanjang penggal ini, saya yakin akan mematangkan MyPSA WA yang baru sahaja setahun jagung.

Saya mengambil kesempatan hari Jumaat yang mulia ini untuk menukilkan warkah terakhir saya mewakili Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010. Sepuluh jari disusunkan mewakili diri saya sendiri dan juga seluruh Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010; memohon maaf sekiranya ada kekurangan, terkasar bahasa dan terlajak laku selama tempoh pentadbiran kami. Manakan ada bumi tak ditimpa hujan dan manakan ada lautan yang tak bergelora.

Teman-teman MyPSA WA sekalian,

Sesungguhnya apa yang saya dan teman-teman Pimpinan lain lakukan adalah untuk memenuhi pokok intisari mandat yang diberikan khususnya kepada saya kira-kira setahun yang lalu. Kami tegaskan kepentingan kepada merealisasikan agenda KEBAJIKAN KITA, KECEMERLANGAN AKADEMIK KITA, KEKELUARGAAN KITA dan KUKUHKAN MyPSA WA KITA. Namun saya yakin, pastinya ada yang kurang menyantuni hati segelintir kita walaupun tak banyak mungkin sekelumit...nah ini adalah perkara biasa..kerana bukan mudah menyantuni hati setiap manusia kerana "rambut sama hitam, hati lain-lain"..."lain padang, lain belalang". Terserahlah kepada teman-teman MyPSA WA untuk menjadi cermin sakti untuk menilai prestasi dan bukan hanya menilai peribadi.

Bersempena dengan Pemilihan Pimpinan Eksekutif sesi 2010/2011 esok hari, saya menyeru kepada semua teman-teman MyPSA WA untuk menghadiri majlis ini dan menunaikan tanggungjawab kita untuk memberi nilai tambah kepada komuniti kita sendiri. Janganlah pula kita terlalu ghairah berkempen sehingga menghamburkan kata-kata yang agak keterlaluan, yang kurang lunak didengar dan dihadamkan sehingga menusuk hati teman kita sendiri. Ingatlah KITA SEMUA ADALAH KELUARGA!! Menjadi resmi KELUARGA, cubit kaki kiri, kaki kanan terasa. Namun tidak saya nafikan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita semua..Cuma semampu mungkin kita elakkan keberantakan yang lebih besar dan memudaratkan.

Nah berkempenlah dengan bijaksana iaitu dengan menguar-uarkan perkara kebaikan dan bukan sebaliknya.Ada yang mengatakan dalam warkah saya bertajuk "Semusim Berlalu..AGM Kita datang lagi", saya cuba untuk berkempen...Memang benar saya berkempen, tetapi saya berkempen untuk mengingatkan semua mengikut apa yang termaktub didalam Perlembagaan MyPSA WA dan peringatan saya sebagai Presiden yang mahukan keberlangsungan dan penyatuan ahli-ahli dalam persatuan ini....Tidak salah bagi saya mencetuskan peringatan itu dan saya berpegang kepada prinsip saya..Saya tidak berkempen untuk mana-mana calon tetapi peringatan saya adalah secara umum untuk kita semua. Harapan saya, Pemilihan Pimpinan Eksekutif ini akan menjadi medan untuk memperkasakan MyPSA WA dan bukannya membina bibit-bibit perpecahan di kalangan kita. Ayuh kita buktikan kerbersamaan dengan semangat 1 Malaysia.

Teman-teman MyPSA WA sekalian,

Ini adalah warkah terakhir saya bergelar Presiden MyPSA WA di bumi Australia...Justeru, saya ingin nasihatkan diri saya dan teman-teman semua, BUANGLAH PERASAAN ASABIYAH, MENGADU DOMBA, MEMBURUK-BURUKKAN TEMAN KITA, CAKAP BELAKANG, MENJADI BATU API, KESETIAAN MEMBUTA TULI, DENGKI MENDENGKI, KUAT MERAJUK, TIDAK BISA DITEGUR, JUMUD PEMIKIRAN, BERMUSUHAN, FITNAH MEMFITNAH, TIPU-MENIPU, TINDAS MENINDAS, TIDAK BERTEGUR SAPA, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN, INDIVIDUALISTIK, MERASAKAN DIRI KITA SAHAJA YANG BETUL, SUKA BERGOSSIP ATAU MEMBUAT CERITA-CERITA SENSASI YANG TIDAK PUNYA KEBENARAN DAN PERANGAI-PERANGAI LAIN YANG SEWAKTU DENGANNYA. Mungkin sebelum ini tidak ada sesiapa yang berani membuat kenyataan ini secara terbuka, nah biarlah saya sebagai Penghulu teman-teman sekalian yang menyatakan realiti kewujudan sifat-sifat dalam diri kita semua di bumi Perth ini.

Insafilah semua, kita ini komuniti kecil, apa guna jika kita mewarisi perangai di atas ini? Apa untuk suka-suka? Atau sekadar mengisi masa lapang? Iya sudahlah....barang yang lepas jangan dikenang...sebagai Presiden saya ingin melihat seluruh komuniti Pasca Siswazah Malaysia di Perth tanpa mengira latar belakang, kaum dan keturunan hidup dalam harmoni dan saling berkasih sayang...Marilah kita semua hadir esok hari di Mesyurat Agung Tahunan ke-2 MyPSA WA dengan semangat dan iltizam baru. Datanglah dengan hati yang terbuka untuk memastikan "BERSAMA KITA KUKUHKAN MyPSA WA"

Akhirnya, salam takzim buat semua dan ingatlah KITA SEMUA ADALAH KELUARGA!! Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk jua datangnya daripada saya. Wallahu'alam.

Wassalamualaikum & Salam Perpaduan

"Bersama Kukuhkan MyPSA WA"

Yang benar,
AHMAD FAREED BIN ISMAIL
Presiden
MyPSA WA sesi 2009/2010

Friday, April 16, 2010

WARKAH TERAKHIR PRESIDEN MYPSA WA SESI 2009/2010

Assalamualaikum & Salam Muhibbah

Teman-teman MyPSA WA sekalian,

Tanggal 17 April 2010 bersamaan 4 Jamadil Awal 1431H bakal menyinsing esok hari menandakan genaplah tempoh pentadbiran Saf Pimpinan MyPSA WA bagi sesi 2009/2010. Pelbagai coretan kenangan yang dinukilkan samaada suka atau duka sepanjang penggal ini, saya yakin akan mematangkan MyPSA WA yang baru sahaja setahun jagung.

Saya mengambil kesempatan hari Jumaat yang mulia ini untuk menukilkan warkah terakhir saya mewakili Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010. Sepuluh jari disusunkan mewakili diri saya sendiri dan juga seluruh Saf Pimpinan MyPSA WA sesi 2009/2010; memohon maaf sekiranya ada kekurangan, terkasar bahasa dan terlajak laku selama tempoh pentadbiran kami. Manakan ada bumi tak ditimpa hujan dan manakan ada lautan yang tak bergelora.

Teman-teman MyPSA WA sekalian,

Sesungguhnya apa yang saya dan teman-teman Pimpinan lain lakukan adalah untuk memenuhi pokok intisari mandat yang diberikan khususnya kepada saya kira-kira setahun yang lalu. Kami tegaskan kepentingan kepada merealisasikan agenda KEBAJIKAN KITA, KECEMERLANGAN AKADEMIK KITA, KEKELUARGAAN KITA dan KUKUHKAN MyPSA WA KITA. Namun saya yakin, pastinya ada yang kurang menyantuni hati segelintir kita walaupun tak banyak mungkin sekelumit...nah ini adalah perkara biasa..kerana bukan mudah menyantuni hati setiap manusia kerana "rambut sama hitam, hati lain-lain"..."lain padang, lain belalang". Terserahlah kepada teman-teman MyPSA WA untuk menjadi cermin sakti untuk menilai prestasi dan bukan hanya menilai peribadi.

Bersempena dengan Pemilihan Pimpinan Eksekutif sesi 2010/2011 esok hari, saya menyeru kepada semua teman-teman MyPSA WA untuk menghadiri majlis ini dan menunaikan tanggungjawab kita untuk memberi nilai tambah kepada komuniti kita sendiri. Janganlah pula kita terlalu ghairah berkempen sehingga menghamburkan kata-kata yang agak keterlaluan, yang kurang lunak didengar dan dihadamkan sehingga menusuk hati teman kita sendiri. Ingatlah KITA SEMUA ADALAH KELUARGA!! Menjadi resmi KELUARGA, cubit kaki kiri, kaki kanan terasa. Namun tidak saya nafikan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita semua..Cuma semampu mungkin kita elakkan keberantakan yang lebih besar dan memudaratkan.

Nah berkempenlah dengan bijaksana iaitu dengan menguar-uarkan perkara kebaikan dan bukan sebaliknya.Ada yang mengatakan dalam warkah saya bertajuk "Semusim Berlalu..AGM Kita datang lagi", saya cuba untuk berkempen...Memang benar saya berkempen, tetapi saya berkempen untuk mengingatkan semua mengikut apa yang termaktub didalam Perlembagaan MyPSA WA dan peringatan saya sebagai Presiden yang mahukan keberlangsungan dan penyatuan ahli-ahli dalam persatuan ini....Tidak salah bagi saya mencetuskan peringatan itu dan saya berpegang kepada prinsip saya..Saya tidak berkempen untuk mana-mana calon tetapi peringatan saya adalah secara umum untuk kita semua. Harapan saya, Pemilihan Pimpinan Eksekutif ini akan menjadi medan untuk memperkasakan MyPSA WA dan bukannya membina bibit-bibit perpecahan di kalangan kita. Ayuh kita buktikan kerbersamaan dengan semangat 1 Malaysia.

Teman-teman MyPSA WA sekalian,

Ini adalah warkah terakhir saya bergelar Presiden MyPSA WA di bumi Australia...Justeru, saya ingin nasihatkan diri saya dan teman-teman semua, BUANGLAH PERASAAN ASABIYAH, MENGADU DOMBA, MEMBURUK-BURUKKAN TEMAN KITA, CAKAP BELAKANG, MENJADI BATU API, KESETIAAN MEMBUTA TULI, DENGKI MENDENGKI, KUAT MERAJUK, TIDAK BISA DITEGUR, JUMUD PEMIKIRAN, BERMUSUHAN, FITNAH MEMFITNAH, TIPU-MENIPU, TINDAS MENINDAS, TIDAK BERTEGUR SAPA, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN, INDIVIDUALISTIK, MERASAKAN DIRI KITA SAHAJA YANG BETUL, SUKA BERGOSSIP ATAU MEMBUAT CERITA-CERITA SENSASI YANG TIDAK PUNYA KEBENARAN DAN PERANGAI-PERANGAI LAIN YANG SEWAKTU DENGANNYA. Mungkin sebelum ini tidak ada sesiapa yang berani membuat kenyataan ini secara terbuka, nah biarlah saya sebagai Penghulu teman-teman sekalian yang menyatakan realiti kewujudan sifat-sifat dalam diri kita semua di bumi Perth ini.

Insafilah semua, kita ini komuniti kecil, apa guna jika kita mewarisi perangai di atas ini? Apa untuk suka-suka? Atau sekadar mengisi masa lapang? Iya sudahlah....barang yang lepas jangan dikenang...sebagai Presiden saya ingin melihat seluruh komuniti Pasca Siswazah Malaysia di Perth tanpa mengira latar belakang, kaum dan keturunan hidup dalam harmoni dan saling berkasih sayang...Marilah kita semua hadir esok hari di Mesyurat Agung Tahunan ke-2 MyPSA WA dengan semangat dan iltizam baru. Datanglah dengan hati yang terbuka untuk memastikan "BERSAMA KITA KUKUHKAN MyPSA WA"

Akhirnya, salam takzim buat semua dan ingatlah KITA SEMUA ADALAH KELUARGA!! Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk jua datangnya daripada saya. Wallahu'alam.

Wassalamualaikum & Salam Perpaduan

"Bersama Kukuhkan MyPSA WA"

Yang benar,
AHMAD FAREED BIN ISMAIL
Presiden
MyPSA WA sesi 2009/2010