Wednesday, October 14, 2009

Berbalas pantun...hahahah

Kerna kebosanan dan kepayahan menyiapkan penulisan makalah, aku cuba berehat bentar sambil membaca akhbar terkini di laman maya...terus kelihatan ada seorang pemimpin muda berpantun (meskipun pantunnya banyak yang sumbang olahnya...hehehe)...nah lantaran tetibe terasa aku mau menjawab pantun-pantunnya itu...ikutinya teman-teman kalian:

Anak Batak mudik bergalah
Digigit nyamuk habis lebam
Pakatan retak menanti belah
Remuk di dalam dipendam-pendam
Jawabku:
Digigit nyamuk masakan lebam
Dihiris belati pasti terluka
Siapa pula yg pendam-pendam
Bukankah dihujah secara terbuka..

Batang cempedak pohon pedada
Buah peria di dalam dulang
Pakatan pembangkang temberang belaka
Janji bak lidah tidak bertulang
Jawabku:
Buah peria di dalam dulang
Dibawa mari tanah seberang
Memanglah lidah tidak bertulang
Bukankan mereka kamu pun temberang

Riuh-rendah di pintu muara
Lebai Kassim membuka silat
Pembangkang gian tamakkan kuasa
Batu api perpecahan rakyat
Jawabku:
Lebai Kassim gagah perkasa
Mula berpencak ramai teruja
Giankan Kuasa, Nak kekalkan Kuasa
Kepala hotak hangpa sama saja!!

Daun mengkudu di atas dulang
Anak udang mati dituba
Negara berpecah pembangkang girang
Demi kuasa dan tamak haloba
Jawabku:
Anak udang di atas dulang
Bukannya mati kerana dituba
Masakan berpecah negara tersayang
Jika yg dilawan perasuah haloba

Pergi berburu nun ke sempadan
Dapat kancil kongsi bersama
Selagi hayat dikandung badan
Pemuda kekal pertahankan negara
Jawabku:
Dapat kancil kongsi bersama
Dilapah rakus si singa durjana
Apakah benar pertahankan negara
Jika yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana...

Nah sekarang bisa aku sambung tulisan makalah ku...sudah usai berbalas pantun..hahahaha

No comments:

Post a Comment