Friday, May 22, 2009

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat

Assalamualaikum & Salam Muhibbah,

Pihak MyPSA WA ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang telah hadir dan menjayakan majlis bacaan Yassin & Doa Selamat pada mlm tadi bertempat di Musolla Curtin University of Technology. InsyaAllah, kita sama-sama berharap dengan penuh keinsafan bacaan Yassin dan doa kita diterima oleh Allah Azzawajal dan diberikan keselamatan serta kesihatan kepada saudara kita Ustz Hilmi dan isteri, dan juga semua kita penuntut Malaysia di WA...AMIN YA RABBAL ALAMIN

Pihak MyPSA WA juga merakamkan terima kasih kpd Pn Hamidah (Consulate General) dan En Zulhairi (Vice Consul) yang turut hadir bersama-sama menjayakan majlis. Juga terima kasih kepada Ustaz Izuddin kerana memimpin majlis kita malam tadi. Dianggarkan lebih kurang 70 org telah hadir untuk majlis ini dan MyPSA WA juga amat terharu dan berterima kasih dengan sumbangan makanan dan tenaga daripada semua pihak ...Jazakallahukhair ankasira

Semoga majlis ini akan terus menyuburkan semangat kekeluargaan, rahmah dan mawaddah sesama kita di WA. Bagi pihak MyPSA WA, kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua..Sebagai makluman sekali lagi, selepas solat Jumaat hari ini akan diadakan pungutan Derma Ikhsan buat sdr kita Ustz Hilmi dan isteri.Hari ini barangkali beliau dan keluarga dalam kesukaran esok lusa mungkin giliran kita....Wallahualam .

Wassalam & Salam Perpaduan.

Salam,

Ahmad Fareed Ismail
Presiden
MyPSA WA sesi 2009/2010

Moga diberikan keselamatan buat semua...

Aku mungkin telambat post perkara ini, sebab sibuk sangt dengan macam2 perkara...

Semuanya bermula pada hari selasa lalu, 19 May 2009 bersamaan 27 Jamadilawal 1430H, sedang aku membantu temanku si zamani memindahkan barang pejabatnya (setalah dihalau 2 kali..hahahah), aku mendapat panggilan telefon...Katanya...ustz hilmi dan isteri accident jam 5pagi td..dan isterinya telah keguguran!!! Innalillahwainnailaihirajioun...spontan aku membalasnya...
Terus aku cuba mendapatkan informasi, di mana teman ku yang kecelakaan ini berada....aku terus mengajak temanku zamani untuk bergegas ke Royal Perth Hospital selaps solat Asar...

Kami menziarahi mereka dan yg sempat aku titipkan kepada mereka berdua ungkapan sabar dan sedikit bantuan segera dari persatuan MyPSA WA....Maka dari situ lah bermulanya kesibukan ku...merangka, merancang, melaksana dan menghebahkan pelbagai usaha membantu temanku ini atas nama teman seagama dan rakan MyPSA WA.

Kami merancang majlis bacaan Yassin dan Doa selamat untuk mereka dan juga semua penuntut Malaysia..moga diberikan keselamatan buat semua....

UCAPAN ALUAN PRSIDEN MyPSA WA di laman web MyPSA WA

Assalamualaikum WBT., Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah,


Teman-Teman Sebangsa dan Setanahair,

Pertama-tamanya izinkan saya untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya jualah Persatuan Pasca Siswazah Malaysia-Western Australia (MyPSA-WA) telah berjaya ditubuhkan secara rasminya. Sekalung penghargaan diuntaikan buat Jawatankuasa Penaja MyPSA-WA yang telah bertungkus lumus memerah keringat bagi menjayakan kewujudan persatuan kita hari ini. Tidak dilupakan juga kepada leluhur “senior-senior” penuntut pasca siswazah Malaysia yang telah lama menggerakkan rencana dan idea kearah penyatuan kita di bumi Western Australia. Segugus penghargaan turut saya hulurkan kepada semua kita yang telah bersatu menjadi sebahagian warga MyPSA-WA . Tanpa kalian semua, tidak mungkin MyPSA-WA wujud hari ini untuk menjadi satu lagi entiti Malaysia di Western Australia.


Teman-Teman Sebangsa dan Setanahair,

MyPSA-WA merupakan satu persatuan yang ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan, memastikan kecemerlangan akademik serta memupuk semangat kekeluargaan dikalangan ahli persatuan. Tuntasnya, MyPSA-WA harus kita paksikan kepada 4 perkara ini iaitu:


1. Kebajikan Kita
2. Kecemerlangan Akademik Kita
3. Kekeluargaan Kita
4. Kukuhkan MyPSA Kita

Sekiranya ketiga-tiga paksi pertama berjaya kita perkasakan, maka MyPSA-WA InsyaAllah akan berjaya kita kukuhkan. Usaha mengukuhkan MyPSA-WA amat penting dalam usia yang belum pun setahun jagung, kerana dengan kukuhnya MyPSA-WA, maka suara kita para penuntut pasca siswazah Malaysia di Western Australia akan didengari serta mudah disantuni. Walhasil, kebajikan kita semua akan lebih mudah untuk dipelihara dan diperjuangkan oleh MyPSA-WA.


Teman-Teman Sebangsa dan Setanahair,

Usaha mewujudkan laman web MyPSA-WA ini adalah satu usaha murni sebagai medium utama perhubungan dan penyaluran informasi kepada semua ahli MyPSA WA dan juga kepada mereka yang bakal melanjutkan pelajaran peringkat pasca siswazah di Western Australia. Saya kira masih banyak ruang untuk penambahbaikan laman web ini dan segala usaha sedang digerakkan untuk kebaikan semua. Sekiranya ada sebarang idea dan cetusan minda, “kecil tapak tangan, nyiru MyPSA-WA tadahkan”. Laman web ini adalah laman web kita dan sewajarnya kita sama-sama menjayakannya.


Teman-Teman Sebangsa dan Setanahair,

Akhirnya, saya berharap MyPSA-WA akan terus tekun mencurahkan bakti kepada semua warganya. InsyaAllah kita sama-sama hebahkan kepada sahabat, saudara dan teman-teman kita akan kewujudan MyPSA-WA. Dan bagi yang masih belum mendaftar secara rasmi, ayuh usah kita berlengah lagi….MyPSA-WA adalah persatuan kita, persatuan dan penyatuan Penuntut Pasca Siwazah Malaysia di bumi Western Australia.


Wassalam dan Salam Perpaduan


Ahmad Fareed Ismail
Presiden MyPSA-WA 2009

Monday, May 11, 2009

Siapa MASCA WA??

Tengahari Sabtu, 9 Mei 2009, bertempat Curtin University of Technology...aku lagi menghadiri pertemuan dan diskusi sesama teman-teman senegara yang menerajui beberapa persatuan pelajar di bumi Perth...

Perbincangan adalah sekitar membicarakan sekitar isu berkaitan Persatuan Induk Penuntut Malaysia di Australia yang dikenali sebagai Malaysian Student Council Australia (MASCA) WA...Sememangnya ini adalah satu saat yang sangat aku nantikan...bukan apa kerana terlalu banyak persoalan yang diawang-awangan selama ini...Mewakil persatuan penuntut pasca siswazah Malaysia aku sama setiausaha membangkit banyak sekali isu-isu, antaranya:

1. Perlembagaan MASCA-Soal kerelevanan pemilihan Jawatankuasa MASCA yang hanya sekitar orang tertentu (kroni) sahaja tanpa ada pemilihan keseluruhan...KAMI TUNTUT DIUBAH KLAUSA PERLEMBAGAAN INI

2. Keahlian MASCA- Soal siapa sebenarnya ahli??? Soal tiadanya senarai lengkap ahli MASCA di PErth!! Soal menidakkan hak penuntut Malaysia di UWA, hanya kerana perbalahan dengan Presiden MSU UWA!!! Soal yuran keahlian!!! Soal hubungan MASCA sesama Kelab-kelab penuntut Malaysia di WA!!!

3. Tangungjawab MASCA-Soal apa objektifnya MASCA kalau tidak menjalankan aktiviti? Soal bukan hanya menjadi pemudah cara antara MSD/"org besar" dengan persatuan lain!! Soal kebajikan ahli yang perlu diutamakan!! Soal objekif sebenarnya MASCA..

4. Dana MASCA- Soal permohonan persatuan yang tidak seharusnya diubah oleh MASCA...kalau dimintak peruntukan AUD300, makanya jumlah yang sama harus diminta kepada MSDA!! Soal maklumat kewangan MASCA yang mesti dimaklumkan kepada ahli-ahli!!

5. Platform komunikasi-Soal Mailing list untuk seluruh ahli...Soal "kematian" laman web MASCA...Soal Facebook MASCA WA...Soal perlunya di"link" kan laman web persatuan dengan badan induk...nah terus diperstujui diwujudkan database semula..dan katanya ingin mewujudkan blog MASCA WA..kita tunggu dan lihat iya..

6. Inaugural Meeting MASCA Kebangsaan-Soal kami mendesak MASCA WA meningkatkan usaha mendesak MSD dan MASCA lain memberikan hak penganjuran kepada WA bagi tahun 2010...

7. National Conference and Games MASCA 2009 di Sydney- Soal desakan kami untuk mencari Pengurus bagi setiap sukan yang dipertandingkan dan membuat pemilihan secara menyeluruh...soal kewangan dibangkitkan, namun bagi aku yang penting kita buktikan dahulu kesungguhan MASCA WA dan kemudian baru kita salahkan pihak yang berkaitan kerana kegagalan menghantar pasukan...

8. Malaysian Hall- Soal kesatuan penuntutuntuk mendesak kewujudannya...Justeru kami mendesak digerakkan Program mengambil tandatangan/petisyen penuntut Malaysia di WA untuk mendesak kerajaan.

9. Wakil Persatuan di dalam MASCA WA- Soal setiap persatuan/Presiden menjadi wakil di dalam Jawatankuasa MASCA WA

Nah, mungkin ada yang berbisik mengatakan aku lagi gila dan suara bising dlm diskusi ini..namun aku membawa suara akar umbi yang mahukan perubahan dlm MASCA WA...ia lah sperti aku selalu katakan "sekali aku maju, pantang berundur!!!" Aku bukan mau bising atau "gege" kata org kelantan, tetapi aku mempersoalkan Siapa MASCA WA???

Saturday, May 9, 2009

Salam Mula Dihulurkan...Kapan Aku Berbicara

Salam pembuka bicara buat teman-teman sekalian...Juga selamat melayari Kapan Aku Berbicara....

Ini adalah titipan pertama aku dalam nuansa baru menggunakan aplikasi Blogpot....namun ianya bukanlah pengalaman pertama aku menulis blog kerana sedari September 2007, aku sudah mulai menukilkan mindaku menggunakan aplikasi blog friendster seperti tertera dibawah:

http://fareedismail.blog.friendster.com/

Sudah ada kurang lebih 38 titipan terkandung di dalam blog ku di friendster itu...silakan layarinya untuk meneroka terjahan mindaku dalam masa yang terdahulu....

Apa itu...Kapan Aku Berbicara?

Aku masih menggunakan judul blog yang sama di sini kerana aku mau berkongsi idea dan menukilkan minda ku untuk dihidangkan untuk pertimbangan teman-teman sekalian.

Kerana aku dahulunya seorang yang cukup lancar tutur katanya, namun kerana kekangan dan hambatan masa serta ketidaksesuaian suasana, aku fikir dengan menulis blog ini, aku bisa NUKILKAN apa aja yang terlintas DIMINDA KU....Jadinya, lenggok bahasa yang akan teman-teman dapati sepanjang aku menulis tinta mindaku di blog ini, akan tuntas seperti aku sedang berbicara atau berpidato dhadapan teman-teman....nah mungkin suaraku tidak kedengaran, tapi aku cuba menggarap nukilanKu seolah teman-teman sedang mengikuti pidatoku...

Terus ikuti Nukilan Minda ku...Salam Mula Dihulurkan...Kapan Aku Berbicara...